Followers Remaja Purba

Saturday, April 7, 2018

Syafiq Kyle berjaya merasuk #RemajaPurba



'Cintaku untuknya bukan kerana dia sempurna tetapi kerana dia yang menyempurnakan.."

Sumber en. Google

Aku bukanlah seorang peminat tegar drama Melayu tapi kali ni Syafiq Kyle berjaya merasuk #MakBudak a.k.a #RemajaPurba untuk melayan drama bersiri 'TAK ADA CINTA SEPERTIMU" yang baru je habis ditayangkan sebanyak 16 episode baru-baru ni.

Sumber en. Google


Aku boleh layan drama bersiri tersebut di atas bantuan en. Google. Marathon dari hari Jumaat hingga awal pagi Sabtu sehingga data internet aku hampir habis.. 😂😂😂

Macam mana aku tahu mengenai drama tersebut? 🤔
Di Timeline dalam FB aku ada yang tag nama watak dalam drama bersiri tersebut hingga membuatkan aku tertanya-tanya 'cerita apakah yang menarik sangat tu' dan secara tak langsung menarik aku turut menontonnya.

Sumber en. Google

Menarik..?
Best..?
Rating aku boleh berikan 8/10.
Drama yang tak terlalu berat untuk dihayati cuma kepala aku yang berat sebab non stop sehingga pukul 2 pagi menontonnya. 

Pada aku..
Sesuatu drama tu akan menjadi menarik bila heronya aku minat. Macam drama bersiri Titian Cinta yang viral sebelum ni. Kali ni heroinnya Zahirah MacWilson pun turut menjadi perhatian aku - bibir dia lawa beb.. aku suka.. 😘

Siapa yang tak suka tengok sesuatu yang menarik kan.. 😉

Anyway.. Tahniah buat semua yang menjayakan drama bersiri 'Tak Ada Cinta Sepertimu' ini hingga mampu menarik perhatian aku menontonnya. Pandangan orang lain, itu kena tanya doranglah sebab aku bukan buat kajian pun. Ini hanya sekadar pandangan peribadi aku.

Watak Azam yang annoying..
psstt: Cantik design bajunya.. 😀


Sekarang ni.. aku masih belum boleh move on dari terbayangkan scene dalam drama ni termasuklah lagu OSTnya.. HILANG yang dinyanyikan oleh Marsya Milan.


Terpisah ku dari dirimu
Wajahmu masih segar diminda
Terkenang waktu penuh rindu kau dan aku
Tuhanku dengarlah hatiku
Doaku takkan pernah kau hampakan

(1) (2)
Sentiasa menunggu sempurna
Kau dan aku diakhirnya
Biarpun luka tetap segar
Menunggu sempurna kau dan aku dihujungnya
Namun di hati kau pastinya
Tak akan hilang
Cinta kekal bagai memori
Hanya menanti seorang diri
Tiada lagi yang ku mahu, kau yang satu
Biarpun tak lagi bersama
Kehadiranmu takkan ku lupa
(Ulang (1))

Kiranya kau kembali
Kuharap kan kau ingati lagi
Kali pertama kita temui.. oohh..
Ku akan tetap berdiri menunggumu
Setia menunggu sentiasa
(Ulang (2))


StatusHati: Syafiq Kyle.. 🤗


7 comments:

  1. Betul PC dengan En Suami pun terjebak...bukan main tekun follow...hehehe....pecah rekod ni...

    ReplyDelete
  2. kita pun minat syafiq kyle..eh..hihi

    ReplyDelete
  3. Saya rasa saya antara makcik remaja purba yang up status citer ni setiap malam drama ni bersiaran. Ohh si lesung pipit yg mahal...!

    ReplyDelete
  4. Masih tak terjebak dengan drama2 bersiri ni.

    ReplyDelete
  5. mmg bestttt dua pelakon ni.. mmg minat dedua... dh lama minat ngan lakonan zahirah tu.. mmg best..
    follow sini #918

    ReplyDelete
  6. baru je tadi kawan Siqah cakap suruh tengok drama ni. Drama Mr Grey sekarang ganti drama ni lah kan.. Siqah nak tengok nanti. Tak minat sangat Syafiq Kyle tapi maybe boleh cuba tengok. Hihi.

    Nway, Kak, Siqah nak jemput join segmen dan giveaway blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...