Followers Remaja Purba

Thursday, January 25, 2018

Terlibat dalam Kemalangan di 13.4km



Kisah pada 23 Januari 2018 (Selasa)


Aku accident?!
Kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan balik kerja petang kelmarin.

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana tak melibatkan kenderaan lain walau ketika itu kenderaan banyak di Lebuhraya; dan bila aku sedar dah ada skuad penyelamat di keliling kereta aku.


Takut dan risau dah tentu. Nak menangis usah cakaplah tapi bila salah seorang dari mereka mengatakan dah call en. Hubby, hilang semua rasa tu. Aku lost petang kejadian. Kemalangan berlaku di kawasan lain, aku cakap dekat en. Hubby dekat tempat lain. Sudahnya kuserahkan pada mereka yang ada membantu menjawabnya.


Hampir sejam di tepian highway masa tu menunggu en. Hubby dan skuad bantuan beliau disamping dua buah kereta en. Polis menemani. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat aku dikeliling oleh mereka yang baik hati dan tiada kenderaan lain yang turut terlibat sama. CikPutih je cedera - body tepinya tercium divider, cermin belakang terpaksa dipecahkan kerana pintu kereta berkunci dan aku pengsan ketika itu.


Selesai urusan berkaitan, en. Hubby bawa aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNYA (yang sebenarnya wad penuh, takde katil kosong), jadi aku agak selamat tak perlu menginap di hospital. 



Hari ni..
Bila lapor di tempat kerja, mulalah ada yang bertanya keadaan aku dan situasi yang berlaku ketika kejadian. Kalau aku cerita bagaimana jadinya mesti seriau sebab aku sendiri takut bila tahu kebenarannya. Namun, mereka yang terdekat denganku tetap mengetahuinya kisah disebaliknya.



Gambar di tempat kejadian..

Mereka ini yang menemani sehingga en. Hubby tiba di tempat kejadian.



Cermin belakang yang terpaksa dipecahkan oleh mereka




Kesan kecederaan cik Putih


En. Hubby bersama en. Polis bertugas..


Kupaksa kawan en. Hubby suruh mai cepat sebab aku takut masa tu.. huhuhu..



Apa-apapun terima kasih pada semua yang bertanya. Maaf ada yang tak sempat jawab. Masih dalan keadaan letih tak terucap.


La ni..
Alhamdulillah.. keadaan semakin baik dan en. Hubby masih risaukan aku sebenarnya tapi nak buat macam mana, aku terpaksa meneruskan rutin harian seperti biasa. Berdoa moga tiada yang buruk berlaku ke atas diri aku lagi.



StatusHati: Semua orang masih risaukan diriku :(





9 comments:

Normi Nieza said...

hati2 selalu..smoga semuanya selamat..

Amanda Suria said...

Maunya tak risau...risau la...kawan kan..

Kakcik Nur said...

Hati-hatilah Ina. Jangan paksa diri, kakcik pun risau juga...

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Ina.

Warisan Petani said...

Alhamdulillah selamat.

Shuhaida Saad said...

alhamdulillah...semuanya selamat.

HeNRieTTa JoSe said...

moga semuanya baik baik saja...kdg kdg kita dah hati2,tpi bak kata cikgu masa sekolah dulu..."malang tidak berbau"....moga akk cepat sembuh....dan pulih seperti biasa...

saniah ibrahim said...

Alhamdulillah semua nya selamat dan dipermudahkan.

norhidana miswan said...

Allah kak, nsb takde apa, sampai akak pengsan.... nsb lah ada polis n org yg baik2 temankan... alhamdulillah msh ramai org malaysia yg baik2 keliling kita yg tak lokek membantu...

moga akak trs berhati2.... akak rehat lah dulu kak klu tak sihat lg... dana pun risau keadaan akak...

Jari Manis said...

Seram plak bila baca tp alhamdulillah aiza selamat x cedera teruk..cuma nak tahu jgk la apa punca nya..hati2 ye memandu dan baca doa naik kenderaan supaya allah lindungi sepanjang perjalanan

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...