Followers Remaja Purba

Friday, April 14, 2017

Kenduri Kahwin Anak Lelaki Blogger Makchaq


Sebahagian kecil kenangan Majlis Perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq pada 8 April 2017 (Sabtu) lepas.


Perbualan melalui whatsapps sedari awal dengan Makchaq memudahkan chef Hubby untuk bercuti rehat demi memenuhi jemputan Makchaq. Bukan senang chef Hubby dapat cuti rehat di hujung minggu untuk bersantai bersama aku dan anak-anak.


Hari kejadian:

Pagi lagi aku dah sibuk bertanya tentang majlis tersebut dari Makchaq. Nasiblah Makchaq nak layan pertanyaan dari aku. Sempatlah aku bertanyakan tema/warna apa yang digunakan. Bukan apa.. tak nak senada sewarna dengan pengantin.. sebab dulu pernah jadi macam tu. Fuh.. ada orang kampung pandang semacam dekat aku ingat aku pengantinnya.. huhuhu..


Bila Makchaq mengatakan tiada tema, maka senanglah untuk aku memilih warna apa yang akan dipakai. Dalam masa yang sama Makchaq siap request bawa camera untuk ambil gambar. Part ni yang den lomah ni Makchaq. Bukan apa.. my camera not in super duper in good condition tapi demi memenuhi undangan dan permintaan Makchaq kubawa jua camera tersebut dan Alhamdulillah.. dipermudahkanNYA.

Tak awal sangat dan tak lewat sangat kami sampai ke rumah Makchaq. Kira sempatlah aku mengambil gambar sekitar majlis tersebut. Antara blogger yang sampai tapi aku tak jumpa adalah Kakcik Seroja, kisah dari kakcik seperti di SINI..



Tuan rumah: Pakchaq dan Makchaq


Meja hidangan tetamu


Sebahagian kecil menu yang ada..
Aku ambil gambar je.. makan nasi sikit, lebih suapkan dak Nuha..
Makchaq tanya dah makan.. 'Dah makan Makchaq..' walhal sebenarnya jamah je..
Tu alasan sebenarnya nak datang lagi rumah Machaq.. kihkihkih..



Antara tetamu yang hadir..
Aku segan sebenarnya nak ambil gambar..


Masa ni aku tebalkan muka ambil gambar..
hanya aku sorang jurufoto perempuan #RemajaPurba yang sibuk ambil gambar


Ahli keluarga sebelah pengantin perempuan bergambar kenangan.


Selamat Pengantin Baru buat Hadi dan Hafizah.


Bersama anak lelaki Makchaq, Amir yang sangat peramah orangnya.



Last but not least..

Gambar kenangan bersama Pakchaq dan Makchaq wajiblah ada kan..
Warna kuning kami sangat menyerlah.. kalah tuan rumah.. huhuhu..



Ni kalau aku sampai awal, lagi banyak gambar yang aku ambil agaknya. Gila bergambar pun ye jugak tapi majlis orang kenalah behave sikit kan. Apa-apapun.. terima kasih Makchaq menjemput kami sekeluarga. Bab sempat tak sempat layan kami tu, tak perlu risau.. kami faham keadaan Makchaq dengan Pakchaq masa tu. 


StatusHati: Sedang mencari masa sesuai untuk bercanda di rumah Makchaq..



7 comments:

  1. Terima kasih banyak2 Ai & family sudi hadir majlis makchaq.... dan terima kasih sangat2 jugak sebab sanggup jadi jurugambar majlis....
    Nanti kita set date pertemuan berikutnya utk merasa masakan chef pulak...

    ReplyDelete
  2. Jom Ina...kita bercanda di rumah Makchaq. Lama juga kita dah tak berjumpa dan berjimba bersama, kan? :)

    ReplyDelete
  3. Ye betul tu KakcikSeroja.. lama kita tak jumpa. InsyaAllah.. sedang mencari masa sesuai jugak ni.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jemputan dari blogger. boleh kenal antara satu sama lain kan. kita ni bila nak jumpa.

    ReplyDelete
  5. Meriah majlisnya 😄 Colour hijau pucuk pisang tu menambahkan lagi kemeriahan majlis 😉

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat jemputan makchaq

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...