Followers Remaja Purba

Friday, July 31, 2015

Mengandung lagi..?


Perbualan biasa dengan anak-anak:

'Ibu.. nape ibu panggil adik.? Nape tak panggil abang.?'
Nampaknya dak Adik dah mula confius, memandangkan dia bukan lagi yang bongsu.

'Adik, tetap adik pada ibu sebab adik belum ada kawan.'
'Ha.. tak macam Kakak kan ibu. Kakak ada Nuha.' Dak Kakak menyampuk.

'Tu.. Kakak boleh pulak panggil kakak.?' Dak Adik masih tak puas hati.
'Dak Kakak ada kawan, tu dak Nuha.'

'Haa.. kalau macam tu ibu mengandunglah, nanti Adik ada kawan. Lepas tu bolehlah panggil abang, tak payah panggil Adik.' Jawab dak Adik.. eeerrr... terdiam sekejap aku.


Bila tanya dak Nuha:
'Ni Nuha, bukan Adik.' Itu jawapannya.

Nampak tak, walau dak adik tak puas hati tapi bila kupanggil 'adik'. Menyahut pulak tu.. hehehe.. sebab dah terbiasa. Pada aku.. dia tetap dak Adik sampai bila-bila.

StatusHati: #NakKurusLagi..

Thursday, July 30, 2015

Aku bermimpikan si dia..


Aku bermimpikan si dia..
Adakah sebab..
Aku merindui dia..?
Aku teringatkan dia..?
Aku terfikirkan dia..?
Hingga terbawa ke alam mimpi..

Bukan aku tak tahu keadaan dia..?
Tapi hati aku berkeras nakkan si dia..

Betapa sukar untuk aku terima..
Betapa seksa aku rasa..

Namun..
Aku belajar untuk menerima..
Jangan kerap bertemu si dia..
Kelak diri sendiri yang merana..

Tak perlu susah nak fikir kenapa mengapa..
Ini semua gara-gara berhari raya..
Daripada aku terus-terusan stress, biarlah aku berdiam diri barang seketika..
Aku tak bencikan dirimu.. tapi aku terpaksa..
Sumber asal di SINI..



StatusHati: Sangat terkesan di hati..


Cempedak Ayah


Ahad lepas..
Balik kampung beraya di rumah ayah..
Langkah kanan kami..
Hasil dari kebun yang diusahakan oleh adik-beradik ayah..

Dak Nuha makan durian dengan sudu..
Lupa pulak nak ambil gambar dia..
Gambar aku dengan ayah pun aku tak ambil..
eeemmm.. apalah boleh lupa pulak time tu..
Kekonon nak feeling bergambar macam dak Izwa..
Yelah.. itulah boyfriend yang paling aku sayang..
Takpe.. next time..

Buah kecik tapi isi dalamnya..



StatusHati: Awak.. saya rindu awak..


Wednesday, July 29, 2015

Kabhi Kushi Khabie Gham


Malam tadi..
Ada bahan nak kena tanya pada en. Google..
Tapi.. sayang tak berjaya. Selagi dak Nuha tak dapat layan lagu Frozen dia tu, selagi itulah dia hadap peluk cium aku. Alahai.. pandai kamu goda ibu ye Nuha sayang. Aku hanya mampu melihat dia menyanyi lagu kesukaan dia tu..

Sudahnya..
Hadaplah Kabhi Kushi Kabhie Gham..

Kalau ada yang perasan..
Dalam salah satu babak selepas watak anak Shah Rukh Khan menyanyi di satu majlis sekolah, budak tersebut ada ungkapkan kata-kata ini..

Jika ingin berjaya dalam hidup dan ingin capai sesuatu..
Sentiasalah dengar kata hati kamu..
Jika tiada jawapan dari hati..
Pejam mata dan sebut nama ayah dan mak kamu..
Lihatlah..
Kamu akan berjaya melepasi semua rintangan..
Setiap kemusykilan akan jadi senang..
Kamu pasti akan menang..

StatusHati: Awak.. pernah janji dulu.. takkan pernah berpisah..

Tuesday, July 28, 2015

Kambing Bakar at Anika D'Fresh


Kisah malam Sabtu lepas..
Aku ni sejak kamceng dengan 'geng mental'.. bila makan banyak je mula risau..
Takut berat naik.. naik.. dan terus naik..
Bila dah berada di bulan Syawal ni, tak sahlah kan takde rumah terbuka..
Nak makan banyak tak berani, makan sikit rasa tak puas..

Akhirnya lewat malam tu gedik santai di Anika D'Fresh..
Menu istimewa kedai makan ni Ayam Penyet Special dan ABC Coklat Special..
Tapi sayang..
Malam tu dah habis pulak.. cuma duduk lepak santai sambil teman dak Nuha minum ABC Coklat Special.. yang menarik ada anggur dan ice cream dalamnya..


Sebelum ni owner kedai ni jual ABC Coklat Special menggunakan lori pick up di area Seksyen 2 Shah Alam..

Close up sikit..
Menu terbaru.. Kambing Bakar Special..



Ada juga menu sampingan lain..
Nanti nak cuba pulak Puyuh Penyet..

Ada jugak menu Sizzling..


Pelbagai jenis air..


Tengahari Ahad..
Sebelum memulakan perjalanan balik kampung beraya di rumah ayah aku..
Sekali lagi kami singgah makan di Anika D'Fresh ni..

Lele penyet..
Boleh request kot kalau nak ikan yang besar.. ni yang biasa je..


Menu pilihan.. kambing bakar special..
Boleh request kot kalau nak pedas lagi..
Pada aku.. yang ni dah ok.. tak pedas sangat.. sedang elok pada tekak aku..


Suapkan nasi takmo.. suapkan bakso pun takmo..
Sudahnya ini yang dilayannya sampai habis..



Senang nak cari..
Dari Pekan Meru menghala ke arah puncak Alam..
Simpang kiri masuk ke Jalan Iskandar..
Kedai makan Anika D'Fresh ni sebelah kanan selepas SRA Bukit Kapar Barat..



StatusHati: Aku ingin kau dekat selalu..



Memori Duit Raya..


Ada banyak memori raya nak dikongsi di sini..
Dalam manis ada pahitnya..
Dalam suka ada dukanya..


Zaman Kanak-kanak..
Masa ni paling best dapat kumpul duit raya..
Tapi aku bukanlah jenis main terjah hanya kerana nak duit raya..
Apa yang dihidang semua nak dimakan.. semua nak dirasa..
Dapat pulak berkumpul dengan geng sepupu-sepapat..


Zaman Remaja Purba..
Masa ni dah mula berasa malu nak tergedik-gedik..
Duit raya pun takdelah macam zaman budak-budak dulu..
Tapi aku tak kisah.. yang penting dapat balik kampung dan bergembira bersama keluarga..


Zaman Mak Budak..
Keutamaan diberikan kepada anak-anak..
Raya tahun ni secara sederhana..

Tahun ni..?
1 Syawal 1436H.. Penangan Rendang Daging N9..
2 Syawal 1436H.. Tradisi raya diteruskan..



Sebahagian dari tukaran duit raya.. 

Manakala yang ini..
Terima kasih buat my CEO.. terpahat dalam lipatan sejarah tempat kerjaku..


Tanpa mengira pangkat atau jawatan..
Mereka yang mempunyai anak layak menerima agihan duit raya daripada my CEO..
Duit raya ni sumbangan peribadi daripada beliau..
Alhamdulillah..
Moga Allah merahmati dan murahkan lagi rezeki dan keluarga Dato'..



StatusHati: 'Hati' bukan untuk dibuat mainan..


Monday, July 27, 2015

Andai Dapat Ku Undur Masa


11 Syawal telah berlalu..
Tapi aku jarang nak dengar lagu raya..
Buat menambah rasa sayu di hati..

Belum pernah ada entry macam ni dalam blog ni..
Hari ni tiba-tiba..
Sesekali kurasa teringin..



Gambar AXL'S pinjam dari SINI.. Lagu pulak boleh layan kat SINI..


Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga lilin menjadi bara
Gurauan ku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita agar dapat ku temui
Dirimu.. Umpama sebutir permata yang sinar

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata-kata dan tingkahlaku ku
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara..

Tak ingin lagi dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri


StatusHati: Aidilfitri tanpamu di sisi..



Sunday, July 26, 2015

Berpisah sementara..


Bila aku bersamamu..
Hanyalah tekanan yang aku peroleh..

Aku bukan nak menafikan..
Malah bukan nak melupakan..

Cuma..
Buat sementara..
Kita perlu berpisah..
Nanti bila keadaan aku dah stabil..
Kita kembali bersama semula..

Kupujuk hati agar dapat mengatasi tekanan ini..
#OhMyPenimbangBerat..
Aku tak benci kau.. tapi aku terpaksa..



StatusHati: Takkan buang.. takkan lepaskan dirimu sayang..


Saturday, July 25, 2015

Sempadan Negeri Melaka - Johor


Tiap kali lalu di sini..
Mesti nak ambil gambar..
Rindunya dengan suasana kampung..


Andainya kau tahu disebaliknya gambar ini..
Pasti kau mengerti..
Betapa aku rindukan kehadiranmu..
Tidak ku mampu melaluinya..
Pulanglah.. kembalilah..



StatusHati: Mengenalimu buat hatiku cemburu..


Friday, July 24, 2015

Berbuka Puasa di Rumah Amal Kasih Bestari, Kg. Melayu Subang



Baru berkesempatan nak cerita di sini..
Ahad minggu terakhir Ramadhan.. aku di sini..
Program anjuran Alumni La Salle Petaling Jaya


Alhamdulillah..
Majlis berjalan dengan baik..
Cuma perlu ada penambahbaikan.. takpe percubaan kali pertama..
Lain kali kita cuba buat yang lagi baik..
Agihan tugas telah diberikan sesama mereka..

 
Tugasan memasak diserahkan kepada chef Hubby..
Walau ada yang pakar memasak tapi mereka nak rasa air tangan chef Hubby..
Aku jadi assistant je.. potong tu.. racik ni..
Nasib baik bulan Ramadhan.. kalau tak.. kihkihkih..


Lokasi kejadian..


Dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha teruja mengikuti program berbuka ni..
Kali pertama berbuka puasa dekat luar sepanjang Ramadhan kali ni..


Otak-otak yang ohsem sedap..


Alumni La Salle Petaling Jaya (Batch 1993 - 1997)

Sedikit kata-kata aluan dan ucapan dari wakil kedua-dua belah pihak..

Penyerahan sumbangan..


Bersama sebahagian dari anak-anak yatim yang diraikan..
Tengok pada anak panah tu.. aku baru perasan aksi dorang.. tersenyum sendirian..


Sebahagian lagi kenangan..



Kembang kempis hidung menahan bau durian..


Dak Nuha tak minat langsung nak main bunga api..
Sebaliknya leka dengan mainan yang di bawa dari rumah..

Sedikit sumbangan untuk anak-anak yang diraikan..

Juga untuk menu bersahur..

Anak-anak dara di situ yang menyusun semua selipar dan kasut yang ada..
Lesson number one: Ajar anak di rumah susun macam ni..
(kalau takde tempat rak kasut)
Dak Adik je suka susun macam tu kalau kat rumah..


Alhamdulillah..
Majlis selesai pukul 10 lebih.. lega selamat semuanya..
Dak Kakak dengan dak Adik siap request nak pergi lagi..
Seronok dapat ramai kawan..
InsyaAllah.. tahun depan kita cuba buat lagi cuma tempat berlainan..


StatusHati: Working hard for something we love is called passion..


Thursday, July 23, 2015

Buatmu Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat


1 Syawal 1436H..
Plaza Tol Simpang Ampat, Negeri Sembilan..

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertugas pada 1 Syawal lepas..
Abam bomba yang bertugas selepas Plaza Tol Simpang Ampat..
Takde ruang untuk aku berhenti ambil gambar yang lebih elok..



Anggota bomba yang cuti mereka dibekukan bekerja seperti biasa dan bersiap siaga sekiranya berlaku apa-apa kecemasan atau bencana semasa musim perayaan.. 
Berita dari SINI..


Terima kasih pada semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertugas..
Begitu juga unit beruniform yang lain yang tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga..
Demi tugas yang diamanahkan.. bertabahlah.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang bertugas pada Syawal kali ni..
Mungkin lepas ni boleh standby sebalang dua kuih raya untuk mereka..



StatusHati: Hati.. aku tahu kau kuat..


Sate.. Periuk kera.. Rendang Itik..


Pagi raya yang kurang ceria..
Bertabahlah buat wife abang ipar atas kehilangan barang berharga dalam bonet kereta..
Pencuri bukan kira tempat, bukan kira masa.. asal ada peluang terus grab..
Memang licik sungguh.. kejadian berlaku: kereta park di kubur..
Pagi raya di balai polis menguruskan hal berkaitan.. 


MENU 1 Syawal..
Sate yang ditaja oleh BIL..


Lepas solat Jumaat..
Perjalanan diteruskan menuju ke Selatan..
Kisah di SINI..


Manalah pemilik lemang ni agaknya..
Rupa-rupanya dok jauh dari pagar sebelag kiri tu..
Senyum dia tengok aku ambil gambar 'Lemang Daun Lerek' beliau..



Menu raya di kampung..
Rendang Ayam Maman..
Tapi bukan ini yang buat perutku meragam..




MENU 2 Syawal..
Pulut Periuk Kera.. Rendang Itik..
Bentuk asal Periuk Kera seperti di SINI..
Cara memasaknya pula di SINI..

Pulut periuk kera.. Rendang Itik dan sambal ayam..
Beraya di rumah mak Busu di Melaka.. di SINI..



7 Syawal 1436H bersamaan 23 Julai 2015..
Selamat Hari Lahir buatmu..
My Chef Hubby..
Moga dianugerahkan kesihatan yang baik..
Moga tak cuba tambah rencah pahit masin kelat dalam rutin harian..

Berkongsi tarikh yang sama.. atok saudara aku..
Happy Birthday to both of them..


StatusHati: Memori yang bukan sedikit kau tinggalkan..



Wednesday, July 22, 2015

Cuti dah Habis..


Kembali berhadapan rutin harian..
Kembali sesaknya fikiran..
Kembali letihnya badan..
Kembali melayan perasaan..


Sepanjang beberapa hari Syawal kali ni..
Secara fizikal..
Jelas terserlah kegembiraan..

Dak Kakak..
Awalnya tak nak balik kampung..
Tapi bila rasa suasana raya di kampung..
Siap request cuti sekolah nak balik duduk dekat kampung..

Dak Adik..
Suka balik Muar..
Tapi takmo tinggal sana tanpa aku..

Dak Nuha..
Paling kecoh..
Nak berkepit je dia.. takmo dengan orang yang dia tak biasa..
Bila sesi pemberian duit raya..
Siap dimarahnya orang yang bagi duit raya..
Dalam nada pelatnya.. 'Nuha tak nak.. Nuha dah ada banyak..'
Hahaha.. gelak kami yang melihat gelagat dia.. 

Aku..?
Terima kasih pada mereka yang bagi sokongan..
Terima kasih pada mereka yang membantu..
Terima kasih..
Hanya DIA yang dapat membalasnya..
dan.. Moga dimurahkan lagi rezeki..


StatusHati: my heart.. my soul.. you are mine..


Tuesday, July 21, 2015

Rambutan raya..


Kita ubah selera pulak..

Kronologi 3 Syawal..

Aku tak dapat nak ke mana-mana..
Terbaring kelesuan di rumah..
Masih belum sembuh dari sakit perut..
Kisah di SINI..


Kronologi 4 Syawal..

Dah bosan makan kuih/biskut raya..
Kita tukar menu pulak..
Rambutan in the house..



Sebelum dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha merengek minta aku kupaskan dari sebiji ke sebiji..
Nah.. tu dia.,
Aku kupaskan semua dan simpan dalam peti sejuk..
Dah sejuk.. lepas tu mengulang makan jelah dorang nanti..
Kalau tak buat macam tu..
Buah tu nanti busuk tak berusik..

Masa dekat kampung.. aku tak berani makan banyak..
Dengan keadaan aku masa tu.. sekadar rasa jelah..
Ni.. perut dah agak ok.. takkan tengok je kan..
Aku pun sama mengulang makan ikut anak-anak..



StatusHati: Aku rindukan ayah aku..



Monday, July 20, 2015

Tradisi raya diteruskan..


Kisah sebelum di SINI..

Kronologi 2 Syawal..

Letih perjalanan jauh tak hilang lagi..
Tambah pulak tak cukup tidur gara-gara sakit perut..
Tahun ni dalam sejarah family kecikku..
Mata ni cuma nampak bilik air je.. huhuhu..

Plan yang telah dikemaskini dan disusun rapi terpaksa dirombak semula..
Nampak gaya tak dapatlah nak beraya sakan macam tahun lepas..
Sesi beramah-mesra dengan sanak-saudara di kampung jadi terhad..
Tak dapat nak berlama-lama kali ni..

Dalam tak sihat tu, sempatlah tradisi raya diteruskan..
Pergi beraya bukan makanan yang kucari tapi bilik air yang kucari.. uwaaaa... rasa lembik badan dibuatnya..

'Manalah orang KL ni tak sampai-sampai lagi.. biasa dah sampai..'
Sedih buat Maklong mengharap.. aku sendiri tak puas beraya..
Kali ni aku tak dapat nak bermalam di rumah Maklong.. cuma singgah melawat..
Dengan keadaan aku ditambah hubby ada urusan, jadi terpaksa dipendekkan cuti raya kali ni..

Pit stop terakhir di rumah Mak Busu di Melaka..
Hampir tengah malam barulah memulakan perjalanan balik rumah..
Alhamdulillah.. perjalanan dipermudahkanNYA..
Jalan langsung tak sesak, perut pulak macam memahami..
Syukur.. takleh kubayangkan kalau nak memerut dekat tengah highway tu.. huhuhu..

Akhirnya.. pukul 1:30 am selamat sampai di rumah..
Sunyi je taman perumahan.. masih ramai beraya di kampung..


StatusHati: QuEen of ur HeaRt..


Sunday, July 19, 2015

Penangan Rendang Daging N9


Kronologi 1 Syawal..

Dalam takde mood..
Dalam takde perasaan..
Siap jugak packing baju.. gosok baju..
Siap jugak asingkan duit dalam sampul raya..
Siap jugak charge battery DSLR.. power bank..
DONE.. pukul 4 am baru nak tidur..

Bangun pagi..
Rutin di pagi Syawal..
Nampaknya kali ni terpaksa tukar plan..
Sepatutnya kami beraya di Key Ell je..
Tapi mak pulak balik beraya di Selatan..

Sebelum tu..
Beraya dulu di rumah MIL di P.J..
Lepas solat Jumaat barulah gerak balik ke kampung..

Alhamdulillah..
Perjalanan balik ke Selatan sangat lancar..
Macam tak percaya.. jalan tak sesak..??
Kebiasaan, perjalanan boleh jadi sekali ganda lamanya..

Dah alang-alang balik kampung..
Plan dikemaskini..
Dari mana nak ke mana.. supaya tak banyak buang masa..

1 Syawal kali ni..
Meninggalkan kenangan..
Aku dan family kecikku cirit-birit..
Gara-gara sedap melayan rendang daging maklong aku di Negeri Sembilan..
Memang setiap tahun itulah menu yang aku cari dulu selain dari rendang maman maklong aku..

Perghhh.... memang terbaiklah..
Tak cukup tidur kami..
Bilik air memanggil-manggil..
Nasib baik tak sampai lembik tak bermaya dibuatnya..
Spoil jugaklah mood nak beraya..
Nak berjalan jauh pun aku tak berani..
Nasib baik dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha tak teruk sangat..


StatusHati: Rindu yang merantai hati..


Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri 2015


Pagi raya sempat lagi update status..

Hasil lukisan staff officeku..


Syawal kali ni berbeza dari tahun lepas..
Ada rintangan yang sedang dihadapi..
Ada kecewa membalut hati..
Kalau tak kuat.. hanyut tak sedar..


Dikesempatan yang ada..
Aku memohon ampun dan maaf..
Andai selama kita bersama di alam maya ni..
Ada yang terguris hati tercalar perasaan..
Ajari aku andai aku terlupa..
Ingatkan aku andai aku terleka..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..

#Kipidap..
#Dongibab..


StatusHati: Awak.. truly sorry..



Thursday, July 16, 2015

Bertunjangkan DIA yang Satu..


Ramadhan kali ni meninggalkan kesan yang bukan sedikit..
Kesan yang mampu membuatkan aku tertekan sangat..
Tertekan dengan lingkaran masalah yang melanda..
Masalah yang menyebabkan aku dalam dilema..
Dilema bila rutin harian diceroboh..

Bertunjangkan DIA Yang Satu..
Berusaha menenangkan diri..
Memujuk hati.. dari luka kecewa..
Kalau sebelum ni aku boleh bertahan, kenapa selepas ni tak..

Moga Aidilfitri kali ni membawa keberkatan dan ketenangan..

Secara tak langsung..
Sambutan raya tahun ni telah kuceritakan di SINI..
Menu wajib raya pulak di SINI..
Kepuasan untuk diri sendiri telah kutolak ke tepi..
Demi anak-anak yang dikasihi..


StatusHati: Sebagaimana yang awak tahu.. I really miss you..



#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Masa Raya


Alhamdulillah..
Akhirnya cukup sudah entry ke 20 bagi siri cabaran blogger tegar..
Satu hari satu entry berdasarkan tajuk yang diberi..
Hari ni hari terakhir kita berpuasa sebelum meraikan kehadiran Syawal..


Cabaran Terakhir
#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 20..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 19.. di SINI..


Pengalaman main mercun masa raya..

Zaman Budak-budak..
Main mercun..?
Bapa saudara yang merekrut aku main mercun..
Beliau yang ajar a.k.a paksa aku..
Sebagai anak buah yang tak nak dikatakan kurang ajar sebab tak dengar cakap.. kuturutkan jua..
Makin lama makin syok dan makin best..
Cuma part meriam buluh je aku tak rasa..
Dapat tengok bapa saudara aku main..
Kalau aku dapat main.. tabik springlah..
Tu pasal aku cukup suka dok kampung.. melasak sepuas hati..


Zaman Remaja Purba..
Dah kurang seronok nak main..
Bila nak main je dah kena jeling dengan mak aku..
Tak boleh nak main sebaliknya kena tolong kat dapur..
Kalau bab melasak aku suka tapi bab masak ni yang den lomah ni..


Zaman Mak Budak..
Aku dah tak minat nak main..
Mungkin sebab dah puas main masa zaman budak-budak..
La ni turn anak-anak pulak yang main..

Cuma..
Ada satu kisah berlaku dalam bulan Ramadhan 3 tahun lepas..
Dak Adik terkena bunga api bawah mata dia..
Terkejut aku dia balik menangis-nangis..
Bila dapat tahu kenapa, mengamuk aku kat depan rumah..
Memasing senyap bila tengok aku..
Lagi sakit hati bila dorang takut tak nak mengaku..
Tapi aku tahu siapa yang buat..
Gimik je kat depan nak tengok ada yang mengaku ke tak..
Nasib baik tak kena mata..
Bertitik tolak dari kejadian tersebut..
Aku tak bagi dah anak-anak main dekat luar waktu malam sepanjang bulan Ramadhan..
Sesekali je aku lepaskan tapi bersyarat..
La ni lagilah.. sejak aku tunjukkan gambar budak kena mercun yang jadi viral tu, tahu takut..
Biar dorang menangis tak dapat main dari kita menangis kena jaga dorang dekat hospital..


StatusHati: eemm.. esok raya.. eemm..





Wednesday, July 15, 2015

Body Mass Index (BMI) dan Overweight..


Buat julung-julung kalinya aku share juga akhirnya.. disebalik kisah di SINI..
Bukan aku tak nak share.. tapi masa tu hasilnya tidak konsisten..
Aku berhenti dekat 2 bulan selepas cubaan kali pertama tersebut..

Sebelum aku konsisten berdiet..
BMI aku --> Overweight..

Selepas tu..
Aku kembali cuba mendapatkan rentak selepas melihat keberhasilan 'geng mental'ku berdiet..
Gigih aku dalam usaha untuk menurunkan lagi berat badan bagi mendapatkan berat badan ideal..
Masa ni dah ada yang kata, janganlah kurus sangat.. tak cantik.. nampak cengkung.. nampak tua.. eeerrr.. aku masih Remaja Purba lagi..

Ada yang bertanya apa yang aku ambil..
Ada jugak yang kata aku mengamalkan diet Atkins..
eemm.. diet Atkins.. no.. no.. no..
Tak mampu aku nak fokus sebab tekakku ini lagi gedik nak makan..


Cara aku..
Makan dalam kuantiti sedikit..
Minum air masak antara 3 - 4 liter sehari..
Nak lagi cepat turun berat badan, elakkan dari makan nasi..
Tapi kali ni aku sayang nak tinggalkan nasi.. sekadar makan dalam portion yang sedikit..

Aku tak nak perubahan tu terlalu mendadak..
Slow and steady tapi hasilnya memuaskan hati..
Tanpa disiplin yang kuat, takkan berjaya..
Percaya atau tidak.. believe it or not..
Bermula penghujung bulan Mac hinggalah hari ni (15 Julai 2015)..
Aku berjaya turunkan berat sebanyak 15.1 kg..
Satu usaha yang bukan sedikit..
Namun sedikit kecewa.. tak mencapai target yang aku inginkan sebelum raya..
Kurang lagi 1kg.. sobsobsob..

Betullah kata Dr. DaddyZiyyad semalam..
Misi crash diet untuk buang 1.5 - 2kg dalam masa 3 hari sebelum raya bermula..
Misi crash diet ni ialah sebab dijangka dari Syawal 1 - 5, sure tambah 1.5 - 2kg. So kalau dah buang awal-awal, tak la rasa bersalah.. (kononnya).. ---> aku nak cuba cara ni pulak..

Disamping itu, lepas raya ni nak dapatkan kembali rentak untuk berjogging..
Dah lama nau aku stop..
Badan pun rasa berat, stamina pun jadi kurang..

Target lepas raya nak turunkan lagi 5kg..
Slow and steady je.. asalkan aku berjaya dan aku happy akhirnya..
Terima kasih tu my 'geng mental'.. #kipidap.. #dongibab..


StatusHati: Kecewa..



#Cabaran20Hari Senarai Kuih Raya Pilihan Hati


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Day 19..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 18..di SINI..


Semakin menghampiri penghujung #Cabaran20Hari Puasa/Raya..
Rasanya entry ni paling mencabar sebab aku pun tak tahu nak senaraikan kuih yang menjadi pilihan hati..
Minat untuk makan kuih raya dah kurang kalau nak dibandingkan dengan makanan yang disediakan..
Jadi, aku pun tak tahu nak senaraikan apa yang aku suka..


Senarai kuih raya pilihan hati..

Tart Nenas tetap menjadi pilihan hati..
Apalagi yang boleh dikata..
Telah dihikayatkan di SINI..
Walau ada banyak pelbagai jenis kuih raya..
Takkan mampu menghalang aku melupakan si tart nenas..
Dan..
Aku rasa entry ni paling pendek dalam #Cabaran20Hari kali ni..


StatusHati: Berulang kali kumencuba..



Tuesday, July 14, 2015

Yang salah tetap betul.. adeh..!


Tinggal 2 hari lagi sebelum hadirnya 1 Syawal..
Tinggal 2 hari lagi untuk aku habiskan #Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Tinggal 2 hari lagi.. ye.. tinggal 2 hari lagi..

Tak guna nak jerit luah kat sini..
Bukan dia amik peduli pun..
Paling-paling pun sengih memerli..
Itulah..
Bila mata hati dah dikaburkan..
Macam tu lah.. ha.. macam tu lah..
Yang salah tetap betul..
Adeh..!


 
psstt: Awak.. when I think of you.. it makes me smile..



#Cabaran20Hari Nostalgia Kad Raya


   
#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 18..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 17.. di SINI..



Nostalgia Kad Raya

Dulu..
Rakan-rakan zaman sekolahku pasti akan terima kad raya dariku..
Tak pernah miss untuk beberapa tahun..
Bukan sekadar nama dan tandatangan aku semata..
Tapi lengkap bermadah helah bagai..
Semua standard.. sama je untuk mereka..
Sekurang-kurangnya takdelah terputus di tengah jalan..
Macam saya dan awak.. hikhikhik..

Kini..
Amalan pemberian kad raya tidak lagi menjadi amalanku..
Sejak harga setem dinaikkan..
Ditambah pulak kad raya yang diagihkan oleh tempat kerjaku tak lawa macam dulu..
Memang taklah nak kirim kad raya lagi..
Aku sendiri tak teringin nak guna kad raya tu..
Nak beli macam tak berbaloi..
Jadi.. tahun demi tahun.. memasing lebih selesa dengan sms je..
Takpelah.. at least.. nombor telefon aku korang masih simpan..

Tapi.. untuk tahun depan..
Rasa macam nak pecah tradisi tu balik..
Cuba untuk mengembalikan Nostalgia Kad Raya tu..
Takde yang lama.. takdelah yang baru..
Teknologi terkini belum mampu menghalang cara lama untuk berhubung..
Moga berjayalah hasratku ini..
Siapa mau, meh PM aku alamat..
Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi tahun depan..



Status Hati: Apa yang kita suka, apa yang kita nak.. tak semestinya baik untuk kita..





Monday, July 13, 2015

#Cabaran20Hari Menu Wajib di Pagi Raya


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Day 17..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 15.. di SINI..

Menu Wajib di Pagi Raya..

Zaman kanak-kanak..
Nasi impit.. Rendang ayam Nogori.. Lemang..
Tart Nenas.. kuih ros/goyang.. Bahulu..

Zaman Remaja Purba..
Nasi impit.. Rendang ayam Nogori.. Lemang
Menu masih sama.. cuma tukang masak je berbeza..
Masa ni arwah Wan dah uzur tak sihat..

Zaman Mak Budak..
Kebanyakkan menu lebih kurang sama..
Aku lebih teruja nak makan Rendang Ayam di campur dengan sayur maman..
Masa buat entry ni pun terliur rasanya..
Bila balik kampung, Maklong tak pernah hampakan permintaan aku..
Maklumlah anak buahnya ni jarang balik sana..
Bila sesekali balik bertambah riuh jadinya..

Cuma tahun ni agak ralat sikit..
Kemungkinan nak makan pulut periuk kera takde dalam senarai wishlist menu raya..
eeemm.. kalau ada raya nanti aku tayang-tayang dekat sini..
Sama macam tahun-tahun sebelum ni..


StatusHati: Awak.. saya rindu..

Sunday, July 12, 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti di Pagi Raya



#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Day 16..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 15.. di SINI..



Aktiviti di Pagi Raya..

Zaman Kakak-kanak..
Aku membesar di kampung.. tinggal bersama arwah Wan..
Bila tiba hari raya..
Tiada apa selain tak sabar..
Terbayang kesedapan..
Rendang, ketupat nasi impit arwah Wan..

Zaman Remaja Purba..
Masa ni aku tinggal dengan mak di bandar..
Tiap kali dekat nak raya..
Menghitung hari tak sabar nak balik kampung..
Nak beraya dengan arwah Wan dan Atok..
Nak beraya ke rumah saudara-mara..
Masa nilah nak balas dendam tinggal lama dekat kampung..
Suasana yang tenang takde hiruk-pikuk kota..

Zaman Mak Budak..
Keutamaan adalah buat anak-anak..
Anak-anak happy, mak budak teruja..
Memandangkan orang tua kami tinggal berdekatan, takdelah nak kelam-kabut..
Cuma..
Tahun ni bahang kemeriahan raya tu tak seperti dulu..
Sekadar nak bagi anak-anak riang gembira..
Bertabahlah ye mak budak..


Status Hati: Selepas 3 tahun.. sejarah mungkin berulang..?



Saturday, July 11, 2015

#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015..
Day 15..

#Cabaran20Hari Raya/Puasa.. Day 14.. di SINI..


Gambar dan Ucapan Raya..
Gambar diambil dari SINI..


Ucapan raya..
Setahun sekali Syawal datang lagi menyatu kembali..
Setahun sekali indah tak terperi.. hari yang dinanti..
Hingga tak terbilang saat pertemuan antara kita menjalin rasa..
*LirikSetahunSekaliAmyMastura..


Syawal makin menghampiri..
Ramadhan pula perlahan-lahan mengundur diri..
Tertanya.. terfikir..
Masih adakah masa untuk kita bertemu lagi Ramadhan akan datang..


Moga Syawal kali ni lebih bermakna buat kita semua..
Moga selamat perjalanan pergi dan balik kita semua..
Moga kemeriahan tetap dirasa walau tiada budget raya..

Sebelum balik kampung..
Jangan lupa service kenderaan..
Jangan lupa off semua plug berkaitan..
Jangan lupa kunci semua pintu..
Jangan lupa pastikan anak-anak ada bersama..
Buat-buat lupa nak bagi duit raya boleh tak.. kihkihkih..



Status Hati: Awak.. kita sayang awak..




Friday, July 10, 2015

Cuba lihat Pelangi..


Cuba lihat Pelangi..
Indah kan..
Tapi.. hadirnya hanyalah sekejap cuma..!
#copypastefromFB


Hadirnya cuma sekejap..
Namun..
Mampu membuatkan kita rasa teruja..
Mampu melenyapkan seketika permasalahan melanda..
Mampu membuat kita tersenyum bahagia..

Tapi..
Bila ianya dah terlepas dari genggaman..
Merayu bagai pun dah tak guna..

Jadi..
Yang sekejap itulah kena hargai betul-betul..
Jangan sampai terlepas..


Status Hati: Awak.. hatimu milikku selamanya..



#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 14

#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015.. Day 13 di SINI..



Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak..
Dulu..

Zaman budak-budak..
Tiap hari dok pangkah, dok kira hari bila nak raya..
Sebab tak sabar nak balik kampung sebenarnya..
Jiwa aku tak serasi dok kat tengah hutan batu ni..
Budak kampung yang dah biasa melasak dekat kampung..

Malam Raya..
Masa ni rumah arwah Wan belum ada api dalam kaca, air dalam besi..
Jadi..
Part gosok baju semua ahli keluarga.. kat tangan aku..
Guna pulak seterika arang..
Kami bukan orang senang.. itu je yang mampu on that time..
Tapi sekarang.. Alhamdulillah dah ada api dalam kaca, air dalam besi..
Arwah Wan sendiri sempat merasainya..

Pagi Raya..
Lepas solat sunat Aidilfitri, kami akan bergerak menuju ke tanah perkuburan..
Selesai.. balik rumah..
Masa ni lah drama airmata bermula..
Aku tak fokus sangat.. yang aku fokus nak duit raya.. kehkehkeh..
Dah nama budak-budak kan.. rasa nak seronok jelah..
Buat apa nak sedih-sedih..

Petang Raya..
Jalan raya pun bermula.. ziarah saudara-mara terdekat..
Rutin yang lebih kurang sama setiap tahun..
Tapi kemeriahan tetap dirasa bila dapat berkumpul berjumpa sanak-saudara..

Dan..
Moga rutin tersebut menjadi agenda tetap setiap tahun..
Nak pulak sekarang dak jadi mak budak..
Keutamaan adalah pada anak-anak..
Anak-anak gembira aku pun turut teruja..



psstt: 5 days to go.. counting day by day..



Thursday, July 9, 2015

Harap tidak mengecewakan..


Lagi kerap aku sebut nak kurus.. nak kurus..
Lagi kerap pulak aku nak makan..

OK..
Lepas ni kita tukar..
Nak gemuk.. nak gemuk..
Mesti cepat aku kurus kan.. kihkihkih..


psstt: Tazaabarr nak tunggu final result.. harap tidak mengecewakan..




#Cabaran20Hari Kuih Raya Paling Best


#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015
Day 13..

#Cabaran Day 12.. di SINI..


Kuih raya paling best bagi aku..
TART NENAS..
Favourite dari zaman kanak-kanak lagi..
Letaklah sesedap mana kuih raya yang ada..
Tart nenas tetap menjadi pilihan hati..
Kalau pergi beraya, kuih pertama yang aku cari, mesti tart nenas..
Kalau sedap.. kuih lain tak pandang dah..

Dulu..
Bila tiap kali mak buat kuih raya terutama tart nenas bunga, aku pun turut sama kena tolong..
Tak tolong kena bebel dengan mak nanti..
Tapi.. jangan tanya camane nak buat..
Sebab aku tak tahu dan tak pernah walau sekali untuk cuba membuatnya..
Mak tak turunkan ilmu kat aku sebab mak tahu memasak bukan bidang aku.. hahaha..

Sekarang..
Mak dah pencen dari buat kuih raya termasuklah tart nenas..
eemm.. aku pun kalau teringin sangat.. beli je..
Takkan nak minta mak buatkan..
Tapi.. eemm.. kalau minta mak buatkan pun best ni kan..
Jap.. nak try mesej dekat mak..
Gedik kau ye mak budak.. itupun tak nak belajar buat.. kihkihkih..



psstt: Awak dalam hati.. kini dan selamanya..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...