Followers Remaja Purba

Friday, March 29, 2024

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN dan BEKALAN AIR


Bekalan air dah mula ada sejak tengahari 27 Mac 2024 seperti di SINI.. Namun, tekanan air masih lagi rendah kerana air belum naik hingga ke tangki utama rumah. Tangki hampir kering tapi dak Kakak dapatlah tadah air sebagai back up andai kata tiba-tiba terputus kembali. 


28 Mac 2024 - Khamis (17 Ramadan 1445H)
Cuti umum - Hari Nuzul Al-Quran

Bangun sahur, masih lagi tiada air di dalam tangki utama. Nak tadah air..? Bukan air bersih yang keluar. Mesin penapis air, awal lagi aku tutup, hanya ku buka bila air kembali jernih. Hampir tengahari baru air memasuki ruang tangki utama rumah tapi dia punya warna - oren berkarat.

'Ibu, boleh ke cuci muka guna air tangki ni?' Adu dak Nuha.
'Nuha guna air yang kakak tadah tu'. Nasib baiklah masih ada air simpanan.

Basuh baju? 
Lewat petang sebelum berbuka baru basuh, selepas yakin bukan air berwarna yang keluar. Alhamdulillah.. lega, air dah kembali pulih dan tidak lagi berwarna.

Malam..
Hujan lebat tapi sekejap, 'hujan lalu je ni'.. Terasa bahang kembali selepas itu.


29 Mac 2024 - Jumaat (18 Ramadan 1445H)

Pagi ini.. Sahur.. 
Masih ada beberapa rumah jiran yang mengalami tekanan air rendah yang mana hanya di pili luar rumah yang ada. Kena mengangkut air dari luar ke dapur tambahan pula tangki air utama dah kering. Aduan telah dibuat dan moga semuanya selesai secepat mungkin, memandangkan hari ini telah memasuki hari keempat.


Sedikit catatan berkaitan PERISTIWA NUZUL AL-QURAN.

Nuzul Al-Quran membawa maksud: Penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan Al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandungannya sebagaimana firma Allah SWT:

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahail Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah As-Sad: 29) di SINI..


Apa itu Nuzul Al-Quran?
Peristiwa pertama kali diturunkan ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan berterusan secara berperingkat sehingga menjadi lengkap.

Bila?
Kali pertama berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan ketika usia Nabi Muhammad SAW 41 tahun.

Di mana?
Berlaku ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira'.

Tempoh penurunan?
Secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Ayat Al-Quran yang mula-mula Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah Ayat 1 - 5, Surat Al-'Alaq.


#RemajaPurba: ..

Wednesday, March 27, 2024

GANGGUAN BEKALAN AIR SEJAK SEMALAM


26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadan 1445H)

Ketiadaan bekalan air umpama mimpi ngeri. Dengan tiada simpanan air untuk waktu kecemasan menambah rasa cemas di hati. Hanya mengharapkan air tangki sedia ada untuk kegunaan harian.

Berdasarkan maklumat, terdapat paip pecah di tengah jalan utama nun di sana hingga memaksa pihak berkenaan terpaksa menutup sementara bekalan air. Radius penutupan air juga besar sehingga kawasan perumahan aku turut terjejas sama.

awal pagi..

- sumber en. Google -

Jalan raya menjadi sesak luarbiasa. Bertabahlah buat semua.


Berbuka puasa..
'Ibu, kita ni dah macam pergi picnic kan?'
Berbeza kali ini kerana kami menggunakan pinggan dan cawan pakai buang.
'Takpelah, sekurang-kurangnya kita dapat menjimatkan penggunaan air'.

Menjadi kenangan berbuka puasa pada kali ini.


27 Mac 2024 - Rabu (16 Ramadan 1445H)

Bersahur pagi tadi, hanya menyediakan menu ringkas bagi mengimbangi penggunaan air dari berlebihan. Mengambil langkah berjaga-jaga supaya tangki air sedia ada tidak cepat kering.

Dak Kakak sentiasa update situasi semasa air di rumah dan tengahari tadi bila dak Kakak bagitahu bekalan air dah mula ada walaupun kecil, terus ku pesan untuk menadah air sebagai back up

Alhamdulillah.. dah boleh bertenang.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, March 26, 2024

SELAMAT HARI LAHIR MAK (26 Mac 2024)


26 Mac 2024 - Selasa (15 Ramadhan 1445H)

Enam tahun yang lepas, pada tarikh ini aku telah melapor diri di tempat kerja di lokasi yang baru di sini. Awalnya aku 'culture shock' sebab jauh dari rumah. Ketika itu, aku terpaksa ketepikan perkara yang menjadi kebiasaan aku. 

InsyaAllah, tak lama lagi akan bertukar tempat pula. Suka atau tidak, mahu atau tidak, pertukaran ini tetap akan berlaku. Moga semua urusan dipermudahkanNYA.


Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran Mak aku.
Mak yang masih kuat bekerja menguruskan rutin harian di kampung.
Mak yang semakin dimamah usia.
Maafkan kami Mak tidak dapat bersama hari ini meraikan ulangtahun kelahiran Mak.
Doa kami dari jauh buat Mak di kampung.


Selamat Hari Lahir buat Mak.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan.
Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻


SELAMAT HARI LAHIR buat Mak..
Happy Birthday to you..


#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...