Followers Remaja Purba

Wednesday, August 9, 2017

Cara masak Lemang dengan mudah, cepat dan santai



Mengenai lemang..

Tiap kali Aidifitri menjelma pasti lemang salah satu menu utama yang akan dibuat oleh en. Hubby untuk di bawa balik kampung. Kami memang tak pernah membelinya lebih-lebih lagi bila dah ada cara mudah untuk membuatnya.. seperti kisah awal di SINI..

Siapa yang pernah masak lemang, dia tahulah macam mana panas membahang nak menguruskannya.


Dulu macam ni lah en. Hubby mengadapnya.



TAPI..

Sejak dua tahun lepas selepas terciptanya idea memasak lemang dengan lebih mudah, cepat dan santai, tak guna dah unggun api macam gambar dekat atas tu.

Hanya dengan penggunaan tong dram yang di belah dua di mana salah satu bahagian dijadikan penutup ketika memasak lemang ni. Takde asap, tak berbahang panas dan kalau masak dalam rumah sekali pun takde siapa yang tahu. Aku suka cara ni kerana sangat praktikal dan mudah kerana bahan asas yang diperlukan hanyalah tong gas, dapur masak dan tong dram. Tak perlu dah unggun api bagai.

 

Sangat praktikal dan mudah pulak tu..



Baru-baru ni, geng en. Hubby turun dari Ipoh, Perak untuk merasai pengalaman memasak lemang menggunakan bahan-bahan tersebut.


Teruja hinggakan buluh yang digunakan oleh  mereka besar-besar belaka.


Begini cara memasaknya..






DAN.. Inilah hasilnya..
Masa ni aku tak dan nak join dorang.. sobsobsob..


Lemang biasa, lemang berintikan jagung dan lemang pulut hitam pun ada..



Bila tengok kembali gambar-gambar tersebut, buatkan aku teruja nak makan lemang lagi. Takpe.. kita tunggu Hari Raya Aidiladha nanti, harap-harap en. Hubby rela hati nak layan tekak gedik #MakBudak ni.. kihkihkih..



StatusHati: Rindu pada dirimu..


8 comments:

Amanda Suria said...

Terus rasa nak makan lemak...tapi Abah SA selesa guna cara lama..biasa la orang tua kan...

Kakcik Nur said...

Kalau buat lagi nanti, bagitahulah...manalah tahu ada rezeki nak join....join makanlah...hehehe... :)

Normi Nieza said...

uik..mudahnya..:)

norhidana miswan said...

suami akak yg cipta sendiri ke benda alah tu, kalau blh order tingin nk ada 1 mcm tu...

dana suke lemang yg tak keras tepi2nya... sbb kadang beli lemang tp mcm ter kering tepi tuh... lahai keras liat jd nya

tinginnya nengok lemang pulut itam akak tu

Delimasari said...

rasanya sama tak macam di bakar

Ainul Mustafa said...

1st dengar lemang pulut hitam. mesti sedap

husnalalink said...

satu inovasi yang sangat praktikal..
kalau buat jual tong dram tu boleh buat bisnes hehehe..
blogwalking sini..

SalbiahM said...

wow menarik cara ni.yang takde laman luas atau dudk bandar boleh cuba ni

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...