Followers Remaja Purba

Monday, August 14, 2017

Selamat Hari Kidal Sedunia (13 OGOS 2017)


13 OGOS 2017 (Ahad)
Selamat Hari Kidal Sedunia.


Kenangan ketika aku di Sekolah Tadika..
Ketika itu aku memang menulis menggunakan tangan kiri - dah namanya Kidal kan. Jadi rutin harian memang kugunakan tangan kiri. Satu hari.. ketika aku sedang menulis di depan rumah arwah atok aku (masa ni aku dibesarkan di kampung - dah besar barulah aku merasa jejakkan diri di bandar), arwak atok tegur aku - 'Tulis guna tangan kanan, tak baik guna tangan kiri.' 

Zaman #BudakPurba memang ikut je arahan orang tua.. dan hormatku pada orang tua, maka belajarlah aku menggunakan tangan kanan DAN sehingga kini aku menulis menggunakan tangan kanan. Tangan kiri? Boleh menulis tapi perlahanlah.

Walaupun arwah atok berjaya mengubah aku dari menulis menggunakan tangan kiri ke tangan kanan tapi hanya itu yang beliau berjaya tapi tidak pada aktiviti yang lain. Tetap kugunakan tangan kiri - hanya menulis je aku guna tangan kanan. eemm.. adakah mungkin arwah atok terlepas pandang untuk aktiviti aku yang lain masa tu?


Kemudian bila masuk zaman #RemajaPurba..
Kenangan sewaktu aku belajar memandu dulu..
Betapa risaunya aku sebab kenderaan yang digunakan bukan untuk 'left-handed' driver. Berdebar-debar pertama kali pegang stereng ketika itu. Alhamdulillah.. aku lulus bergaya masa tu. Syukur jugak aku bukan seorang yang Kidal tegar.


Namun, masih banyak sebenarnya peralatan yang aku tak reti nak guna kerana kekidalan aku ini. Teringat kenangan masa aku kecik dulu, aku disindir tak reti nak guna pisau pengupas kulit buah.. sobsobsob.. sentap aku weh.. DAN percaya tak.. dalam rumah aku takde langsung pengupas kulit buah hanya kerana kejadian itu.


Kini.. yang mewarisi Kekidalan aku adalah anak lelaki aku.. dak Adik. Setakat ni aku nampak dia ok dalam menjalani rutin harian.. dan moga rutin harian kami berstatus Kidal ni dipermudahkanNYA.. Aamiin..



StatusHati: eem.. kembali tak sihat diri ini..

 

Sunday, August 13, 2017

Kereta Kena Tarik Akhirnya..


Kejadian bermula pada petang semalam di mana en. Hubby dalam perjalanan ke Rawang. 

Tiba-tiba En. Hubby maklumkan kepada aku yang kereta breakdown. Terkejut jugak aku masa tu. Dahlah beliau ada urusan kerja di Rawang. Tapi.. syukur jugak kereta tak meragam di tengah-tengah lebuhraya.

Skuad penyelamat pertama yang tiba adalah aku sendiri sebab en. Hubby nak kena hantar anak-anak buahnya ke Rawang atas urusan kerja dan beliau juga perlu berada di sana bagi memastikan urusan berkaitan berjalan lancar.


Kereta..?
Masih tersadai di tempat kejadian dan hanya dapat diambil pukul 2 pagi tadi kerana en. Hubby terikat dengan urusan kerja.

Akhirnya usaha menyelamatkan awek Hubby selesai dekat pukul 3:30 pagi dengan menghantarnya terus ke bengkel. Tidurlah kau sementara di bengkel ye sayang. Dah sembuh nanti tuan kau ambil kau balik.

Pukul 4 pagi..
Ok done..!Update blog.


StatusHati: Bahu kanan aku sakit berdenyut-denyut.. 🤣🤣🤣



Friday, August 11, 2017

Tak percaya kau tengok belakang kau..



HAD KELAJUAN:

Memandulah ikut kelajuan yang telah ditetapkan.
Takkan tengah lebuhraya, lebih-lebih lagi lane paling kanan kau pandu macam tengah stim.. slow semacam.Tukar lane lah Bro/Akak.. lane kanan tu untuk F1 je.
Tak percaya kau tengok belakang kau..


Tiap kali memandu.. pasti akan jumpa dengan pemandu yang berperangai seolah-olah macam dia je yang memandu atas jalan tu. Mana perginya nilai-nilai murni - bertolak-ansur, memberi laluan kepada pemandu lain? Janganlah macam tu Bro/Akak.. bertimbang rasalah sikit.



StatusHati: Sabar selagi boleh.. eemm..


Thursday, August 10, 2017

Kenangan di Kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah


Kenangan pada 30 Jun 2017 (Jumaat).

Musim Aidifitri yang lepas, memang kami gunakan sebaiknya cuti rehat yang ada dan Kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah adalah salah satu dari destinasi pilihan. Kampung yang asalnya tiada dalam siri beraya kami.

Kali pertama beraya di kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah ni memang best, happening. Betul-betul suasana kampung. Terimbau memori zaman aku #RemajaPurba dulu.







Walaupun jauh tapi puas hati, rasa hilang penat memandu bila melihatkan suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota. Memang aku tak nafikan, aku dah jatuh cinta dengan keadaan keliling rumah kawan en. Hubby tersebut.


Anak-anak teruja bila Babah dorang bagitahu ada sungai di belakang rumah.


Tak dan nak berehat lepaskan penat, sungai tempat dituju.



Kawasan agak semak pada awalnya sebelum anak tuan tanah datang bawa mesin rumput
Air agak keruh disebabkan sebelum tu dah hujan..


Aku..?
Photographer yang merakamkan suasana..




Subhanallah.. cantik dan indah ciptaanNYA.



Dak Kakak dengan dak Adik dah serupa anak itik aku tengok dalam sungai tu. Dak Nuha..? Nak mandi tapi penakut, terpaksalah Babah dia turun sekali ke dalam sungai temankan dia yang kononnya nak mandi. Nak mandi tapi dok peluk rapat Babah dia. Terjerit-jerit takut bila Babah dia lepaskan tangan dalam sungai tu. Alah.. bukan dalam mana pun, paras lutut dak Nuha je pun..




Dah puas mandi sungai, sementara nak tunggu makan malam.. kita jalan keliling rumah. Ada anak ayam, itik, angsa, kambing, yang pasti nampak meriah kawasan belakang rumah tersebut. Mulalah berangan nakkan suasana macam ni jugak. Moga menjadi kenyataan.. Aamiin..


Dulu.. aku pernah kena kejar bapak angsa.. kisah di SINI..



Syok kan..


Comel je aku tengok itik ni..
Rileks je, sikitpun tak takut pada aku yang leka mengambil videonya.
Aku syak sebab ia teringin nak jadi model di tepian air kot.. kihkihkih..



Gara-gara seronok dengan suasana persekitarannya, malam baru kami balik. Pakej en. Hubby siap masak untuk makan malam di rumah tersebut. Macam ni.. nak datang lagilah; musim buah-buahan pasti happening kan.. hehehe..



StatusHati: Rindukan awak..




Wednesday, August 9, 2017

Cara masak Lemang dengan mudah, cepat dan santai



Mengenai lemang..

Tiap kali Aidifitri menjelma pasti lemang salah satu menu utama yang akan dibuat oleh en. Hubby untuk di bawa balik kampung. Kami memang tak pernah membelinya lebih-lebih lagi bila dah ada cara mudah untuk membuatnya.. seperti kisah awal di SINI..

Siapa yang pernah masak lemang, dia tahulah macam mana panas membahang nak menguruskannya.


Dulu macam ni lah en. Hubby mengadapnya.



TAPI..

Sejak dua tahun lepas selepas terciptanya idea memasak lemang dengan lebih mudah, cepat dan santai, tak guna dah unggun api macam gambar dekat atas tu.

Hanya dengan penggunaan tong dram yang di belah dua di mana salah satu bahagian dijadikan penutup ketika memasak lemang ni. Takde asap, tak berbahang panas dan kalau masak dalam rumah sekali pun takde siapa yang tahu. Aku suka cara ni kerana sangat praktikal dan mudah kerana bahan asas yang diperlukan hanyalah tong gas, dapur masak dan tong dram. Tak perlu dah unggun api bagai.

 

Sangat praktikal dan mudah pulak tu..



Baru-baru ni, geng en. Hubby turun dari Ipoh, Perak untuk merasai pengalaman memasak lemang menggunakan bahan-bahan tersebut.


Teruja hinggakan buluh yang digunakan oleh  mereka besar-besar belaka.


Begini cara memasaknya..






DAN.. Inilah hasilnya..
Masa ni aku tak dan nak join dorang.. sobsobsob..


Lemang biasa, lemang berintikan jagung dan lemang pulut hitam pun ada..



Bila tengok kembali gambar-gambar tersebut, buatkan aku teruja nak makan lemang lagi. Takpe.. kita tunggu Hari Raya Aidiladha nanti, harap-harap en. Hubby rela hati nak layan tekak gedik #MakBudak ni.. kihkihkih..



StatusHati: Rindu pada dirimu..


Monday, August 7, 2017

Kerja boleh cari.. Family boleh cari ke?


Alhamdulillah..
Keadaan aku semakin pulih dari tidak sihat sejak dua minggu lepas. Tapi secara seriusnya, walaupun demam, nafsu untuk beraksi di gelanggang table tennis tidak menurun. Dalam sakit pun masih mampu menyerahkan kudrat beraksi.

Namun demikian, sedikit tersentak di atas nasihat yang diberikan oleh seseorang..


'Kalau kita sakit esok.. orang yang ajak kita main tu.. jenguk pun tidak. Baiklah jaga kesihatan diri kita dulu. Sama juga dengan boss.. TAPI bila kita tak sihat, tanya khabar pun tidak. So berpada-pada la. Manusia ni nak guna kita bagi kesenangan @ keperluan dia je.' -- Merujuk kepada aku yang selalu main ping pong.


'Tak payah diet tau.' --- Merujuk kepada aku yang #PerasanSlim.


'Kita sakit ada orang lain untuk gantikan kerja kita. So biarkan.. Tak payah beria-ia nak settle kan sebab kita tengah sakit. Kesihatan lagi penting. Kena fikir diri, suami, anak-anak dan famili kita.'


'So.. lebihkan famili ok. Kerja kita takde, orang lain boleh buat. Jangan jadi hamba kerja.. kelak diri kita yang merana.'


'Kalau diri sendiri dan family tak sihat.. cutilah. Kerja boleh cari. Family boleh cari ke?'


Sangat terkesan di hati bila mana salah seorang dari sahabat sendiri yang mengalami seperti di atas. Aku bukan nak mendabik dada yang aku mampu melakukan tugas di tempat kerja ketika tidak sihat tapi kali ni biarlah.. sesekali badanku perlukan rehat yang cukup demi kelangsungan rutin harian.



StatusHati: Buatmu sahabat.. terima kasih atas nasihat dan teguran itu.


 

Wednesday, August 2, 2017

Jalan selamat, tak usah masuk campur



Sambungan kisah dari SINI..

'Abaikan unsur negative list jgn buatkan ia affecting hidup kita.' komen mama-syafi..


Pedulikan dengan apa yang mereka cuba lakukan. Lakukan yang terbaik buat diri dan keluarga kerana bukan mereka yang berikan kita Ringgit Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup zaman sekarang ni. --- kata-kata ni aku pernah tujukan pada seseorang dan kini dikembalikan kepada aku.


Mereka hanya pandai mengomen, mengata, bergossip tanpa mengetahui kejadian sebenar. Mencari kesalahan, menuduh melulu dengan hanya mendengar dari sumber yang belum tentu sahih yang kemudian di viralkan pula.. Itulah yang berlaku zaman sekarang ni.


Mudah benar percaya dari sumber yang belum sahih.. mudah benar meletakkan kesalahan. Ingat satu perkara --- Satu jari kau tuding kepadanya, empat jari lagi kembali kepada diri kau itu. Jadi, berhati-hati dalam memberi komen yang penuh emosi sedangkan kau sendiri tak tahu isu sebenar.


Jalan selamat, tak usah masuk campur.. kau kau.. aku aku. Aku tak kacau, kau jangan sentuh aku sebab aku sendiri tak pernah bercampur gaul dengan kau.



StatusHati: Sekali dah terkena, tiada lagi ruang untuk menerima kau kembali..!!



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...