Followers Remaja Purba

Wednesday, July 12, 2017

Kena kejar dengan bapak angsa



Dak Adik menyakat itik dan ayam yang ada..
Part angsa tak berani lak dia nak sakat.. kihkihkih..


Dulu..
Aku pun pernah merasa macam ni.. acah-acah main; siap kena kejar dek bapak Angsa garang lagi. Bapak angsa tu memang tak boleh tengok orang lalu depan ia aku rasa, asal lalu je kena kejar.. mencicit weh aku lari selamatkan diri..

Bukan takat tu aje, panjat pokok rambutan, langsat - makan buah atas pokok tu dah biasa. Terjun mandi dalam sungai usah cakaplah.. pantang ada peluang ke rumah paklong aku.. Laju je kaki ke sungai, siap kena hambat balik dek mak aku lagi bila lama nau mandi dekat sungai tak reti nak balik.

Paling win pokok betik; ku panjat sampai ke pucuk yang akhirnya pokok tu patah.. kahkahkah.. kena marah dengan pakcu aku masa tu. Dahlah pokok betik tu yang paling 'cun' masa tu..

Sekarang.. peluang tu ada je sebenarnya.. tapi kalau aku buat.. tu namanya buang tebiat.. kahkahkah..



StatusHati: Nak balik kampung lagi..


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya kg

Siti Yang Menaip said...

best suasana kampung.. sesekali balik kg mmg trasa syioook..
tapi xde angsa.. ada ayam turki bising heh..!! atok sayang sngat ayam turki dia..

Anis Azalea said...

saya pun pernah kena kejar dengan angsa jiran, takutlah siap nangis2 nak balik rumah.

Warisan Petani said...

Pengalaman sebagai anak kampung.

Siti Sharini said...

nasib baik bapak angsa bukan bapak orang he he

Aisya Ismail said...

tak pernah kena kejar dengan angsa.. tapi dari kecik memang akan lari kalau nampak angsa..

nini said...

Hahahaha lucu la...tang panjat pokok betik tu memang Win sangat ok...ahahaha

galaksi viral said...

dapat imagine suasanan kampung meriah tu cmner.. no wonder la rindu.. huhu.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...