Followers Remaja Purba

Thursday, November 23, 2017

Setahun sudah berlalu


Setahun sudah berlalu..
Kisah Faktor Kurang Rehat + Aktif Bersukan membawa kesan ke atas diriku. Semakin kurang #PerasanSlim seperti sebelum ini.. eemm.. takpe.. tahun 2018 nanti kita cuba kembali dengan kondisi yang lebih teratur dan baik dari sebelum ini.


Azam..?
Siapa tak nak nampak #PerasanSlim kan.. tapi aku lebih suka ianya berjaya dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa. Dalam masa dua tahun sebelum ni memang ramai yang mengetahui aku mengamalkan diet cuma hampir setahun ni aku mula memperlahankan untuk #PerasanSlim demi menjaga hati ramai pihak terutama Chef Hubby yang tak nak aku nampak terlalu kurus pada pandangan mata beliau. Takpelah.. orang tengok aku gemuk lepas ni.. pasrah jelah - yang penting Chef Hubby tak bising seperti biasa.. ekekeke.. muuaahhh sayang abang tiga kali..



Perbualan pada minggu lepas..
 'eeemmm.. Patutlah nampak susut badan sayang.. tak makan nasi ek..'



Hailaa abang.. takkan tak perasan badan sayang makin kembang tak kuncup-kuncup dah sekarang. Tambah lagi dah mula nak kena ikut sukatan size baju lebih besar.. kihkihkih..

Bila melihatkan pada perbualan dengan Chef Hubby tu, dua minggu ni asyik marah-marah berkaitan hal di pejabat hingga terbawa sampai ke rumah. Kemuncaknya terjadi sesuatu yang mengejutkan di SINI.

Hilang terus rasa amarah. Aku sangat berterima kasih pada Chef Hubby kerana berusaha untuk menceriakan kembali hati aku. 'Maaf ye abang, dari minggu lepas sayang marah-marah.'



StatusHati: Moga hati ini terus tenang dengan situasi di tempat kerja..



Wednesday, November 22, 2017

Berbunga-bunga hati jadinya


Kisah pada hari Jumaat - kena pulak dengan tarikhnya 17.11.17

Satu kejutan telah aku terima.
Sesuatu yang aku tak sangka.
Terkejut dah tentu. #MakBudak dapat surprise dari #ChefHubby.
Berbunga-bunga hati jadinya.. speechless..



Ini kali pertama aku menerima kejutan dari ChefHubby di tempat kerja.


Kejutan yang sememangnya tak kujangka langsung. Patutlah beliau ada bagi hint pagi kejadian tu akan ada delivery makanan. Awalnya aku ingatkan beliau sengaja berkata demikian gara-gara aku tak makan dari pagi membawa ke tengahari.



Hilang terus rasa marah, rasa stress aku di tempat kerja..


To: Only My Wife
I Love you with all my heart.
Thank You for everything.
From: Chef Hubby


'Semoga ikatan ini berkekalan hendakNYA.. Aamiin..




Berbunga-bunga rasa hati ini..
Hilang terus rasa amarah sejak dua minggu lepas - marah yang berpunca dari keadaan di tempat kerja. Terima kasih banyak-banyak to Chef Hubby berjaya menceriakan kembali hati isterimu ini.


StatusHati: Speechless..



Friday, November 17, 2017

Tolong Ceraikan Aku..!



Untuk aku mencari kebahagiaan aku, tolong ceraikan aku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk lupakan kau.
- Filem Ombak Rindu.


'Ibu.. cerai tu apa?'
 Tiba-tiba muncul soalan ni dari dak Nuha waktu menonton filem tersebut.

'Cerai tu bila dia tak duduk bersama, dia duduk asing. Macam ibu dengan Babah duduk sekali, kira tak bercerailah.' Secara ringkas aku terangkan pada dia.


'Oh.. macam acik tu ye?'
'Oh!Tu bukan cerai tapi dia pindah rumah..' Merujuk kepada sebuah keluarga ni.


Pemahaman budak berumur lima tahun yang kadangkala aku tak terfikir akan jawapan 'out of the box'nya itu.



StatusHati: Bila anak-anak dah pandai berbicara..


Thursday, November 16, 2017

Kata-kata terakhir chef Hubby..


Perbualan dengan chef Hubby:

'Abang.. nak body macam ni boleh..?'
Merujuk kepada body Kilafairy yang bergambar dengan produk pelansingan dan detoks - Fibermax. Opps.. aku bukan nak mempromosikan produk tersebut tapi lebih kepada perbualan dengan chef Hubby mengenai..

'Tak payah.. sayang punya tak besar macam dia punya..' Sempat lagi nak menyakat aku..

'Bak duit bagi besar semua. Dari abang tengok orang lain, baik sayang built up body bagi abang meleleh tengok..' Balas aku tak nak mengalah..


DAN..
Kata-kata terakhir chef Hubby buat aku terdiam seketika..
'Tak payah.. syukur sayang ada masa susah senang abang. Nak upgrade buat apa.'



'Nak upgrade buat buat pe..'


Aku bukanlah nak upgrade sampai jadi macam tu.. cuma sekadar mengusik chef Hubby yang mengata body aku dah kembang. Hailaa abang.. waktu kurus abang cakap tak cantik, cengkung. Sekarang kata dah kembang.. jangan abang kata dah gemuk sudah. Memang merajuk habis nanti.. kahkahkah..


StatusHati: Sensitive oooo kalau chef Hubby kata #MakBudak gemuk..




Monday, November 13, 2017

Kalau boleh dengan 'nyawa' nak dideletenya..


Setakat petah berhujah belum tentu kau pakar dalam meledani permasalahan hidup. Jangan mendabik dada sangat, tak usah nak bangga macam kau tahu serba-serbi. Kalau kau pandang dari mata hitam kau tu, memang tak nampak apalah. Cuba pandang dari sudut mata hati, baru kau nampak realitinya..


Kau langkah masuk dulu dalam dunia yang kau kata tu, baru kau tahu hakikat sebenarnya. Susah ke senang ke, selagi tak laluinya, selagi itulah takkan tahu realiti sebenar. Aku tak nak doakan yang tak elok terhadap kau tapi cukup sekali.. cukup sekali je kau kena.. memang aku akan 'basuh' kau secukup rasa.



StatusHati: Manusia.. kalau dah benci, kalau boleh dengan 'nyawa' nak dideletenya..



Friday, November 10, 2017

Jangan kata aku Tak Payung..!!



Satu je aku nak bagitahu:

AKU MINTA MAAF..!
Sikap kau buat aku dah tak percaya apa jua alasan yang kau berikan.


Sabar..
Sabar..
Sabar..
Selagi boleh sabar.. sabarlah.. 
TAPI..
Dalam masa cuba untuk bersabar tu, satu proses tindakan telah dibuat.


Sebenarnya tak susah mana nak berhadapan dengan situasi mereka yang kerap tidak menghadirkan diri ni. Apa yang penting, maklumat kena lengkap - cukup je maklumat, teruskan proses selanjutnya.

Jangan kata aku tak payung selama ni tapi kau yang tak reti nak jaga payung tu sebaiknya. Kalau kau jaga sebaiknya.. InsyaAllah, selamat semuanya.
  
 
StatusHati: Terluah jua di sini..


Monday, November 6, 2017

Gigi kena cabut..?


Kisah minggu lepas:
Berdenyut-denyut menahan sakit gusi hingga memaksa bertemu doktor gigi pagi Jumaat lepas. Kalau tak sakit, pandang pun tak nak klinik gigi tu.. 😎😀

Doktor yang check keadaan gigi aku turut memaklumkan terdapat satu gigi yang perlu dicabut kerana keadaan gusi di gigi tersebut 'tidak sihat'. Disebabkan aku tidak bersedia, maka operasi tu akan ditangguhkan untuk satu tarikh lain yang entah bila aku akan bersedia serah mulut untuk operasi tersebut.

TAPI yang sakit bukan pada gigi tersebut tapi gusi depan sebelah bawah. Sakitnya sampai mengganggu rutin harian yang mana akhirnya terpaksa balik awal berehat di rumah.


Kisah semalam:
Terima kasih Doctor sebab meluangkan masa mendengar rengekan #MakBudak yang tengah menahan sakit gusi sejak malam Jumaat lagi.

Ubat tahan sakit sedia ada dah habis maka ku minta ubat tahan sakit yang lagi kuat. Setakat ni serasi dengan aku dan barulah boleh menonton #FinalPialaMalaysia #KedahvsJDT dengan tenang.


Hari ni..
Alhamdulillah.. walau masih ada saki-baki rasa sakit tapi setakat ni masih boleh bertahan.


StatusHati: Nak melawat Sahabat yang baru kehilangan..


Friday, November 3, 2017

Kau boleh acah-acah brek..??


Kisah pagi semalam:

Depan kau kosong.. kiri kau kosong.. tapi kau pandu perlahan di lorong paling kanan. Aku cukup hormatkan kau pada awalnya tapi bila kau masih dengan gaya pemanduan yang perlahan tu, nampaknya aku takde pilihan.

Aku bagi high heam.. Aku bagi signal.. Kau boleh acah-acah brek waktu aku nak memotong kereta kau.. 🤔🤔


Kau dah kenapa?!
Sengaja nak tunjuk samseng atas highway ke?

Kau kena faham... lane paling kanan ni bukan untuk orang seperti kau.. sambil memandu sambil chit chat dengan awek sebelah. Tak payahlah nak tunjuk sikap paling cool dekat awek sebelah kalau gaya pemanduan kau buat orang belakang jadi hilang sabar.



StatusHati: Sakit gigi.. berdenyut-denyut rasanya.. sobsobsob..



Thursday, November 2, 2017

Disebalik Karnival Sukan KPT


Latihan di saat-saat akhir..
Mencari keserasian walau sebenarnya hampir setiap hari team aku melayan ping pong, cuma bukanlah bersungguh-sungguh berlatih. Sekadar menggunakan masa rehat yang ada.

Sempatlah kami berlatih untuk dua jam sebelum beraksi pada keesokan harinya. Alhamdulillah, team aku menyokong antara satu sama lain demi mencari keserasian bersama.


Secret place..


Kisah pada 14 Oktober 2017 yang lepas:
Bertempat di Xiamen University Malaysia, Sepang telah diadakan beberapa perlawanan sempena Karnival Sukan KPT dan salah satu darinya adalah acara kegemaran aku - ping pong.


Team KPT

Wakil KPT..


Serupa nak menari pulak aku tengok aksi ni..


#GayaKenaAda
#PerasanSlim
#Xiamen


Tahniah buat team aku - menang tempat ketiga.




StatusHati: Ping pong dan aku berpisah tiada..





Wednesday, November 1, 2017

Kursus di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands



Baru-baru ni..
Bertempat di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, program diadakan untuk dua hari satu malam. Jarak antara 'tempat pengajian' - dewan makan - bilik penginapan bukan sesuatu yang menarik untuk ditempuh - Alhamdulillah aku berjaya di situ.



#MakBudak ke ni..?



Cabaran pertama..
114 anak tangga untuk naik dan turun menuju ke dewan kuliah.
57 anak tangga pulak naik ke dewan kuliah di tingkat 4 (ada lift tapi aku lebih suka menggunakan tangga)


Tangga yang sama digunakan untuk turun menuju ke dewan makan dan bilik penginapan.


Ini pulak tempat penginapan:
Alhamdulillah.. yang penting ada tempat tidur dan tempat mandi yang selesa.


Malamnya..
Rutin yang sama naik turun tangga ni..


Hari kedua:

Semakin hilang #PerasanSlim..


Suasana waktu pagi.. takdelah sejuk mana sebenarnya..



DAN sebelum perjalanan balik selepas tamat kursus:

Luahan Perasan..

Pengangkutan bagi perjalanan pergi dan balik disediakan oleh pihak urusetia.
Kisahnya adalah sebelum perjalanan balik, kesemua dari kami di bawa ke Genting Preium Outlet (GPO). Diberi masa dua jam untuk membeli sebelum belah dua jam selepas itu.


Dua jam..?
Aku ni bukanlah seorang kaki shopping. Dari sibuk shopping aku lagi rela lari dua pusingan taman perumahan aku - nak menunjukkan betapa shopping bukan berada dalam list kegemaran aku.


Sakit belakang.. dahlah aku tak bawa back braces.


Selepas dua jam..?
Penat dah tentu.. yang mana akhirnya belakang aku sakit ya!Amat. Apa pilihan yang aku ada masa tu? Nak mengadu nanti dikatakan aku mengada. Takkan sebab aku seorang, terbantut tujuan asal nak ke situ kan..

Damn serious.. sakit weh belakang aku. Selamat tiba di tempat kerja, tak pandang kiri kanan dah.. terus ambil kereta dan pecut balik ke rumah. Menguruskan pula rutin harian dan hanya pada sebelah malam baru dapat berehat menghilangkan rasa sakit bahagian belakang badan.


KESIMPULANNYA:
Tak perlulah nak buat rombongan ala Cik Kiah ke tempat seperti itu. Habis program balik terus itu lebih baik. Stamina yang ada boleh digunakan di rumah pulak.



StatusHati: Program yang aku jalani tu.. eeeemmm.. jangan tanya sebab aku sendiri pun tak ingat. Kali pertama aku terasa seperti - apa yang aku belajar sebenarnya ye..



Tuesday, October 31, 2017

Double Standard kau ye..


Kisah Sabtu lepas:

Aku baru acah-acah parking dekat situ kau dah suruh alihkan kereta. Wah.. double standard kau ye. Mentang-mentang aku bawak kereta kecik, kemain kau beria suruh aku alihkan kereta. 

Aku turunkan en. Hubby je kot.. bukan nak sangat parking dekat situ. Tak sampai dua minit pun. 🤔🤔 Pasal kau, aku tak dapat nak muahhh tiga kali dari en. Hubby.. Menci tau..!


Kisah disebaliknya:

No wonderlah dia beria-ia suruh aku alihkan kereta, rupa-rupanya dia bukan staff yang bertugas di situ. Sebaliknya hanya menjaga untuk satu function yang sedang dijalankan on that time. Biasanya staff yang bertugas dekat situ takkan 'halau' aku, lebih-lebih dah cukup kenal dengan kereta aku.

Tapi.. tetap tak puas hati sebab masa tu aku tak dapat muahhh tiga kali dari en. Hubby.. 😞😞😞



StatusHati: Romeo India November Delta Uniform Alfa Whiskey Alfa Kilo..!!


Monday, October 30, 2017

Disebalik kereta tersadai di Bengkel


Kisah ni dah lama.. penghujung September yang lepas.


Lama awek Hubby ni tersadai di ICU kerana masalah kesihatan. Ada cerita disebaliknya di mana setelah sekian lama beraksi seperti 'kereta lumba', dah tiba rasanya untuk slow down dari aksi yang orang tengok 'gilalah dia ni..'

Dipendekkan cerita, ada seorang pemilik kereta ni pada awalnya bersetuju untuk swipe enjin keretanya tapi at the end bila dah bersedia nak tukar, dia tak nak pulak. Hanya disebabkan beliau perlu tambah duit, itu yang dia tak nak.

Ok.. tak nak takpe.. kami takde masalah.. dan kesudahan ceritanya.. rasa nak sujud syukur sebab lepas isu tak nak tukar tu, enjin pemilik kereta tu bermasalah. Fuh... nasib baik beb! Kalau tak.. rabak duit.

Dalam masa yang sama.. tak lupa buat my SIL kerana meminjamkan sebuah kereta untuk kegunaan adikmu, en. Hubby. Jasamu amat kuhargai. Terima kasih yang tak terhingga.



Kereta je kecik tapi awek dalamnya besar ya amat.. kahkahkah..



Bila tengok awek Hubby dah segar lepas dimandikan, aku pulak nak bergeselan dengan ia. Maka, peluang yang ada jangan dilepaskan. Test on d road.



StatusHati: Kereta kesayangan.. 😗😗😗



Thursday, October 26, 2017

Tersadai di tepi Highway gara-gara..


Kisah pagi tadi..

Seperti biasa rutin hari bekerja, tak boleh lewat keluar rumah. Kalau lewat, stress dan penatlah berhadapan dengan kesesakan jalanraya.

Jadi.. nak elakkan dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya, jalan terbaik keluar lebih awal. Ketika anak-anak mamai baru nak bangun tidur, aku dah bergerak ke tempat kerja.

Namun demikian, kita hanya merancang.. DIA yang menentukan apa kesudahan situasi pagi tadi.

Dari rumah aku dah rasa semacam.. serba tak kena. Divider tepi simpang taman perumahan aku gesel, ada motor lalu sebelah aku, hampir ku langgar. Akhirnya, dalam gelap pagi tadi aku terlanggar sesuatu yang bila ku lihat pada cermin sisi.. Allahuakbar..! Kalau tak paku, mesti skru.

Nak berhenti tepi jalan lepas kena tu tak kena gaya pulak sebab kereta tengah banyak menguasai jalan. Apa yang boleh aku lakukan.. tawakkal dan bila lepas je melepasi tol, berhenti tepi highway tu. Habis.. kempis terus tayar awek Hubby rupanya.

Apa yang patut dilakukan andai berlaku kejadian macam ni?

  • Rileks.. jangan panik.
  • Cari tempat selamat berhenti kereta dan pasang double signal.
  • Keluar dari kereta dan ambil kit kecemasan iaitu segi tiga amaran dan letak jauh sikit dari kereta dan kemudian tengok apa yang rosak.
  • Hubungi skuad penyelamat untuk membantu.
  • Akhir sekali, tunggu jelah skuad penyelamat tiba.


Macam kes aku pagi tadi:

Syukur aku tak pandu laju.. cuma tak sempat nak elak. Siapa punyalah yang tertinggal atas jalan tu agaknya. Biasa kalau dah terkena macam tu bersedia jelah berhenti tepi jalan. Skru sepanjang ibu jari rupanya yang merobek hatiku.. eh!Tayar awek Hubbyku..


Mengeluh jugak bila jadi macam ni..
Kena pulak waktu nak pergi kerja.


Dari jalan sesak sampai jalan lengang aku di sini..


Kebetulan berhenti dekat sebelah kandang lembu..
Bau haiwan tu lagi kuat dari perfume aku..


'Terima kasih abam Umayr Haris tolong Aisy pagi tadi..'
Tiba-tiba nampak bayangan abam Jul pada #PenemanSepanjangHayat pagi tadi.. ekekeke..


Cuma sedikit pesanan:
  • Pastikan ada kit kecemasan sebagai bantuan mengelak dari dilanggar dari belakang. Nauzubillah..
  • Pastikan ada orang bantu jaga jalan agar kenderaan yang lalu lebih berhati-hati dan nampak kenderaan yang rosak. Macam pagi tadi.. kebanyakkan motor yang lalu agak laju dan ada jugak sebuah dua kereta yang potong queue lalu di laluan kecemasan. Hailaa.. kalau kau tak nampak tadi, confirm kau dah cium awek Hubby aku.
  • Jangan ambil mudah dan pastikan keadaan selamat ketika membaiki kerosakan pada kenderaan.
  • Orang pandang.. jangan dijeling.. senyum je. Lagi bagus lambai tangan minta tolong.. tengok ada yang sudi nak tolong ke tak.. kihkihkih..
  • Apa-apapun pastikan keadaan selamat dan jaga keselamatan diri.


Alhamdulillah.. pukul 9 lebih pagi tadi selesai sesi membaik pulih tayar kereta. DAN.. aku mohon kebenaran Pengarah untuk tidak hadir ke pejabat hari ni dan terus patah balik rumah. Penat.. tapi lagi penat chef Hubby sebab rushing nak ke tempat kerja. Terima kasih abang.. muaaahhh tiga kali.. hehehe..



StatusHati: Hari ni episode akhir Titian Cinta..?



Wednesday, October 25, 2017

Bersantai di tepian pondok di Kampung


Kisah minggu lepas:

Berkebetulan cuti sekolah seminggu, jadi en. Hubby mengambil peluang untuk menggunapakai cuti rehat yang ada untuk menjenguk family di kampung. Kali ni kita balik kampung Babah dulu ye anak-anak sebab kampung Babah dekat sikit dari kampung ibu.

Alhamdulillah selesai urusan dak Adik di SINI, petang tu kami terus balik kampung. Keterujaan tidaklah ketara sebab kampung tak jauh mana kan.. hehehe..


Ini kisah di Kampung Halaman en. Hubby:

Bersantai di tepian pondok di kampung halaman bersama #PenemanSepanjangHayat yang suka nau mengusik #MakBudak yang makin hilang #PerasanSlim ni.. 😀🤣




Sepanjang berada di kampung, tiada lain selain dari aktiviti makan-makan. Musim panas yang membahang sedikit sebanyak mengganggu rutin dak Adik untuk bermain bola sepuasnya; tapi dalam masa yang sama suhu panas di luar tak mampu menggugat selera #MakBudak dengan beberapa menu yang disediakan oleh en. Hubby. Perut pula kena redha dan terima lamaran tekak yang nak makan banyak dari biasa. 


Kari Kepala Ikan


Butter Prawn in the house



Lobster yang menawan hati..






Kisah malamnya pula:
Sesi pembakaran terbuka di hadapan rumah.
Petua tak nak makan banyak, silalah pakai #NurSajat.. confirm nak makan banyak pun terasa mengah. Lagi bagus kalau ambil shift tukang bakar dari awal - memang langsung tak makan jawabnya.. kihkihkih..




Menu tak banyak tapi puaslah kami malam tu..



Kisah Tengahari, esoknya:
Wajib makan dulu sebelum balik. Kali ni kita bersantai di pondok depan rumah pula. Lepas makan.. kemas barang.. baru berangkat balik.


Ramai yang kata hidangan ni asam pedas.. 
Nampak je macam asam pedas tapi sebenarnya Kari Ikan Jenahak.


Walau panas tapi masih ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..



Menu Dinner di rumah sendiri pulak:
Kalau sepanjang di kampung en. Hubby yang masak.. dah sampai rumah turn #MakBudak pulak yang bersilat di dapur. 'Abang duduk je ye.. siap.. kita makan..' 😀😎


Alhamdulillah.. walau tak happening  di kampung tapi niat sebenar nak menjenguk orang tua.



StatusHati: Next time kita balik kampung sayang pulak ye abang.. hehehe..


Tuesday, October 24, 2017

Best ke Filem TOMBIRUO: Penunggu Rimba?


Aku salah seorang yang meminati karya Ramlee Awang Murshid (RAM) dan memiliki hampir kesemua novel beliau. Bukan senang untuk aku suka sesebuah karya tu tapi bila dah jatuh cinta, seboleh mungkin aku berusaha untuk mendapatkannya.

DAN..
Akhirnya salah satu naskhah beliau berjaya diadaptasi menjadi sebuah filem - TOMBIRUO: Penunggu Rimba dan menjadi fenomena ketika ini. Ditambah pulak Zul Ariffin menjadi teraju utama filem ini yang berkebetulan sedang hangat dalam drama Titian Cinta.. bertambah-tambah meletoplah jadinya..

 
AKU..?
Tak lepaskan peluang.
Merengek pada chef Hubby nak menontonya di pawagam ditambah pula dengan rengekan anak-anak yang turut teruja nak menontonnya.




AKHIRNYA..
Pada 17 Oktober 2017, hari Selasa lepas, jam 11 malam ditemani chef Hubby dan askar-askar kecik, dapat juga aku menontonnya. Peluang yang ada haruslah jangan lepaskan. Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall menjadi pilihan kali ini.


Bila ada yang bertanya.. best ke filem Tombiruo tu..?

JAWAPAN aku:
Tak rugi sebenarnya menonton filem ni di pawagam. Walau tak 100% sama macam dalam novel tapi plot penceritaannya tetap tak lari. Novelnya lagi best tapi filem Tombiruo tu pun tetap ada sisi yang menarik untuk ditonton.

TAPI..
Nak kata puas.. tidak semaksima mana. Aku rasa macam nak repeat je balik sebab malam tu walau kami duduk couple seat tapi seat tu jadi triple seat sebab askar paling kecik kejap nak diriba kejap nak duduk tempat dia.. hahaha.. tak puas #MakBudak nak menontonnya.


Komen aku tentang:

PELAKON:
Barisan pelakon terbaik beraksi dalam filem Tombiruo ni.
Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Dato' M.Nasir, Hasnul Rahmat, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail antara teraju utama filem ini yang diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney.

Watak Ejim seorang lelaki gagah yang bukan berwajah manusia dianggap sebagai penunggu rimba yang sering disisihkan oleh penduduk kerana wajah beliau itu. Sinopsis filem ni boleh je google. Dah ramai yang bercerita mengenainya.


LOKASI PENGGAMBARAN:
Terasa nak ikut berlari bersama Ejim menikmati suasana dalam hutan tu. Just love it that situation. Lagi-lagi bila Ejim dekat atas pokok tu.. How sexy is he.. ggrrr.. aauumm.. miowww... Boleh meletup ovari macam ni.. hahaha..


Sumber en. Google


Golden Screen Cinema (GSC), Setia City Mall
#MakBudak yang teruja lebih sebenarnya..


Couple seat haruslah untuk kami


Askar-askar kecik depan kami, senang nak pantau..



Koleksi Novel RAM - Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir




StatusHati: TOMBIRUO: Penunggu Rimba - 9/10 stars! ⭐️ dari aku.



Friday, October 20, 2017

Teringin nak masuk wad..


Kisah pagi tadi di Hospital:

Berdebar-debarnya aku rasa.
Kes yang hampir sama dua tahun lepas berkaitan dak Adik. Moga kali ni bukan ulangan kes tersebut. Ku bawa dak Adik sebab bengkak kelenjar di leher dan check sekali tonsil dia.

Tengok dak Adik rileks je.. #MakBudak risau lebih.. #Babah dia cool malah sempat jumpa borak dengan member dia..

Dak Adik boleh selamba cakap:
'Teringin nak masuk wad..'

🤣🤣🤣  Ibu dia sikit punya risau, dia boleh cakap macam tu..


Selepas pemeriksaan oleh Dr. Sarmad, Pakar Klinikal, ENT ke atas dak Adik termasuk memasukkan camera ke dalam rongga hidung, beliau memaklumkan ada infection yang menyebabkan bengkak kelenjar. Lebih kurang macam itulah.

Andai dalam masa dua minggu keadaan dak Adik makin teruk, beliau minta datang terus ke ENT dan akan buat prosedur berkaitan dekat dak Adik. Kalau tak.. next appointment datang lagi dua minggu untuk pemeriksaan seterusnya.


StatusHati: Susah hati bila anak-anak tidak sihat.


Saturday, October 7, 2017

Personal Coaching


Petang tadi aku bersama dua orang lagi rakan menghadiri latihan ping pong. Belajar basic je dulu belum advance lagi. Belajar memahirkan diri bermain dengan skill yang betul bukan main-main macam yang biasa aku buat.


Sedikit teguran yang aku terima:
'Hari ni tak sebagus minggu lepas. Minggu lepas main ok, minggu ni tak berapa ok. Tapi takpe.. buat mana yang boleh.'

Ini merujuk keadaan aku.. kurang baik untuk bermain Spin Ball disebabkan keadaan pinggang aku. Main setakat yang boleh. Sedikit kecewa aku rasa.😦😦

Send video pada en. Hubby pun dapat komen yang  sama tapi lagi telus komennya takde nak jaga hati langsung.. kahkahkah..

#PersonalCoaching
#PingPong
#MakBudak a.k.a #RemajaPurba


StatusHati: Berdebar-debar nak tunggu minggu depan..


Thursday, October 5, 2017

Berita kematian yang aku terima



'Kita hanya merancang, DIA yang menentukan.'

Pagi semalam:
Ketika aku baru tiba di hospital atas tujuan Fisioterapi, pengasuh call sambil menangis. Apa yang terlintas di kepala, pengasuh sakit ke sebab beliau kata tak boleh jaga dak Nuha hari ni.

Bila dapat tahu kisah sebenar.. terkejut dah tentu.. Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'un.. berita kematian yang aku terima. Adik ipar pengasuh rupanya.

Selesai urusan aku di hospital + di tempat kerja, terus aku balik rumah. Lepas Zohor arwah di bawa balik dari hospital - dimandikan + dikapankan dan seterusnya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan.. seterusnya dikebumikan.

Moga keluarga adik pengasuh kuat + tabah hendakNYA dan moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

'DariNYA kita datang.. KepadaNYA kita kembali'



StatusHati: Bertabahlah wahai  hati..



Tuesday, October 3, 2017

Hangatnya seorang lelaki bernama Zul Ariffin


Haaa... ni semua gara-gara salah satu posting dari seorang rakanku di FB beliau berkenaan satu drama ni. Kalau tak sebabkan dia, aku tak terjebak layan drama melayu ni. Dahlah bukan minat aku nak layan drama leleh-leleh ni..

Kelmarin.. hampir setengah hari aku layan dari episode satu sampai 11. Semalam siap rakam dekat tv. Ha.. amik kau..!Sekali terjebak, ibarat dah ludah jilat balik. Tak minat drama melayu konon..


Gara-gara pelakon Zul Ariffin dalam drama #TitianCinta yang kini ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin - Khamis pukul 7 malam buat aku terasa nak minta #PenemanSepanjangHayat berbadan sasa sebegitu. Apalagi suara dan jambang tu. Alamak.. melting kejap.

Ok.. layankan aje. Habis drama ni nanti back to normal ye #MakBudak tapi harapnya en. Hubby bakal berbadan sasalah lepas ni.. hahaha..


Anyway.. tahniah buat Farah Dalina di atas kelahiran baby boy baru-baru ni. Selamat berpantang dan selamat kembali #PerasanSlim. Sekali lagi nak bagitahu.. sebabkan you.. ai terjebak.. kakahkah..



Tak sabar nak tonton filem #Tombiruo lakonan Zul Ariffin.

Sumber en. Google.


StatusHati: Senyum sengih je kebelakangan ni.. kahkahkah..



Friday, September 29, 2017

Makna hari Khamis malam Jumaat


Seiring dan sejalan..
Seindah bunga di taman..

Mengundang rasa bahagia dapat bercanda berdua-duaan dengan en. Hubby tanpa kehadiran askar-askar kecik di sisi.

Walau pada mulanya aku keletihan gara-gara dari pagi semalam penuh dengan agenda yang diatur oleh en. Hubby namun untuk tak menghampakan permintaan beliau maka malam tadi kuturutkan jua.



Haa.. nak sangat ajak keluar kan.. nah amik.. kihkihkih..

Harap-harap tak terlucut kain ni dalam kereta..


Kahkahkah..
Gara-gara malas nak tukar uniform, kain batik pun jadi..

Siap pesan:
Ronda-ronda duduk dalam kereta je tau abang.. bukan ajak pergi makan. Kang viral dalam acik google.. kahkahkah..



StatusHati: Sesekali layan dating dengan en. Hubby..



Tuesday, September 26, 2017

Kepada SUSPEK berkenaan



Pagi tadi:
Melompat dari tempat tidur sebab terlajak bangun. Ini semua salah #PenemanSepanjangHayat melayan kerenah aku malam tadi.. hahaha..


Pagi tadi:
Dah siap isi minyak kereta, dah start enjin kereta.. aku terlupa nak tutup penutup sebelah luar tangki minyak kereta aku. Keluar selamba tutup balik sambil biarkan enjin kereta hidup. Ni pun bahaya jugak bagi mereka yang berniat jahat nak rampas kereta - senang sangat.. tapi Alhamdulillah syukur kereta selamat.


La ni..
Aku belum sarapan lagi. Bukan sebab nak #PerasanSlim sangat tapi tengah serabut gara-gara barang penting #chefHubby hilang hingga kena buat report polis lewat petang semalam.


Kisah semalam:
Dah cuba cari dengan bantuan cctv tapi hampa - tiada maklumat. Kepada suspek berkenaan, kalau kau nak ambil duit yang ada tu, kau ambillah tapi pulangkanlah dokumen yang lain tu. Tak perlulah en. Hubby nak kena berurusan kembali dengan pihak berkaitan. Bukan sedikit duit diperlukan, bukan sekejap tenaga diperlukan dan bukan mudah nak menguruskannya.


Pesan seseorang:
Jangan serabut sangat, ingat.. ada orang lain lagi susah keadaannya. Moga urusan berkaitan dipermudahkanNYA.



StatusHati: Perut + Tekak bekerjasama hari ni - Kenyang walau tak makan lagi..


 

Wednesday, September 20, 2017

20 September - Hari Lahir anak sulungku



13 Tahun yang lepas..
Awal pagi lahirnya dak Kakak.. cinta hati pertama #MakBudak dan #PenemanSepanjangHayat..

Moga Kakak makin matang dan kuat meledani rencah kehidupan. Jangan pedulikan apa orang nak kata. Ingat.. jaga maruah diri sebaiknya.

Terima kasih banyak bantu ibu dengan Babah di rumah. Moga Kakak sentiasa di bawah lindunganNYA.. gembira + ceria serta dengar cakap ibu dengan babah.



Buat anak daraku..
SELAMAT HARI LAHIR NUR UMAIRAH INSYERAH..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU SWEETHEART..



StatusHati: Terasa #MakBudak makin purba bila anak meningkat remaja..



Tuesday, September 19, 2017

Aku adalah seorang ibu yang paling gembira + ceria



Aku adalah seorang ibu yang paling gembira + ceria bila mana anak-anak terlibat dengan aktiviti sukan + lasak. Tak kisahlah main sampai peringkat mana.. asalkan LASAK. Aku tak suka anak-anak aku lembik tak aktif. Tapi satu je yang anak-anak aku tak follow perangai aku - Acara Balapan.. Ni je yang aku sedikit kecewa.. hehehe..


Hari ni dan esok dak Adik terlibat dengan sukan bola sepak sekolahnya.



Malam tadi..
Bersungguh-sungguhlah dia nak itu, nak ini disediakan untuknya. eemm.. alahai anak, bukan jauh pun adik pergi. Lainlah kalau adik pergi ke negeri lain, itu baru je ibu dengan Babah siapkan macam-macam untuk adik. Ni setakat balik hari untuk dua hari ni, bawalah keperluan sekadar perlu je dik oiii..

Tapi, kulayankan je kemahuan dia. Budak tengah semangat nak main, layankan aje. Mana yang rasa kurang perlu tu, aku terangkan balik kenapa tak perlu dibawa bersama.

Doa ibu mengiringi..
'Moga adik bermain dengan gembira dan ceria tanpa sebarang kecederaan..'


Malam ni..
Bertabahlah ye #MakBudak.. menadah telinga untuk mendengar pengalaman dak Adik bermain bola sepak. Nanti Babah balik kita pass baton pulak ye - Babah pulak layan dengar pengalaman dak Adik. Yelah.. Babah kan penjaga gol sekolah dulu.. Ibu cuma peminat bola je.. ekekeke..
 


Status Hati: Anak gembira - aku puas hati..



Monday, September 18, 2017

Tindakan Tatatertib.. eemmm..


Dulu..
Aku pernah meluah rasa di SINI.. bukan setakat itu.. malah di SINI juga tapi sayangnya tiada perubahan positif. 


Ingat ni..!!
Aku akan serahkan gambar lengkap profil diri staff yang berpotensi macam ni bukan dekat klinik tapi jugak dekat hospital terpilih supaya doctor bertugas berat dan liat nak bagi Sijil Cuti Sakit (MC) pada orang macam ni.


Jangan manjakan sangat diri tu..!
Sakit sikit MC..
Sakit sikit EL..


Nak sangat jumpa Doctor, tak payah susah-susah dah.. dalam bangunan sendiri tu dah ada.. Hah! Kau jumpalah dia.. pakej dengan sesi Kaunseling sekali kau dapat..


StatusHati: Stressnya aku dengan staff macam ni..



Friday, September 15, 2017

TAK MENEPATI PIAWAIAN SEDIA ADA


Alhamdulillah.. dengan rezeki dariNYA..
Pekerjaan yang baik, zon yang selesa dan kehidupan yang sempurna..
Syukur Ya!Allah..


Namun demikian, dalam baik dalam sempurna tu pasti terselit cacat pada penglihatan mata dan hati. Bukan sedikit yang aku lalui, boleh stress berhari-hari.

Apalah malang nasib dapat ketua sebegini..??
Segala cadangan yang diutarakan tidak diterima, berhujahlah macam mana sekalipun, dia sebagai ketua juga yang betul.


Janganlah bersikap sebegitu wahai sang ketua.
Tanpa anak-anak buah, tanpa pacal-pacal yang hina ni, belum tentu kau berjaya di tempat sekarang ni. Tanpa bantuan anak-anak buah kau ini, belum tentu kau mampu menjawab pertanyaan soalan yang diutarakan.


Tolonglah belajar memahami. Tolong terima kenyataan.
Kau bukan lagi berada di zon lama kau yang selesa itu. Kau kini berada di zon baru.. zon yang memerlukan kau menerima pandangan anak-anak buah kau ini.


Tertekan kau tahu tak nak hadap kerenah kau itu.
Ye..  memang kau ketua.. tapi apa guna sebagai seorang ketua tapi KAU AJE YANG BETUL WALAU HAKIKATNYA APA YANG KAU CUBA APLIKASIKAN TU TAK MENEPATI PIAWAIAN SEDIA ADA.


Apa yang kau buat tu menyusahkan orang lain.. menyukarkan keadaan malah meninggalkan kesan yang negatif. Kau tahu tak.. bila kau bersikap demikian, bukan sedikit dosa yang anak buah kau kena tanggung gara-gara mengata mengutuk di belakang kau.


Oh!Tolonglah Pengurusan Tertinggi.. takkan takde seorang pun boleh nasihatkan, ajarkan, sedarkan dia dari lena yang panjang tu.. Allahuakbar.. geram + sakit hati yang bukan sedikit aku rasakan hingga terluah di sini.


StatusHati: Sabar.. jangan marah.. nanti pengsan lagi.. huhuhu..



Sunday, September 10, 2017

Menang itu mustahil, kalah itu pasti


#MakBudak baru sehari keluar hospital dah gedik nak beraksi yang konon pandai main ping pong.. 😎 

Pagi semalam..
Aku berani main pun disebabkan chef Hubby sanggup temankan aku. Dalam keadaan aku macam tu, biarlah ada yang menemani selain dari #GengPingPongOffice aku. 

Terima kasih buat #PenemanSepanjangHayat yang sanggup melihat kekalahan demi kekalahan aku pagi semalam.. 😀😀

Nama je yang main game tu 'beginner'.. tapi berpeluh nak lawan.. kehkehkeh.. Macam member office aku cakap, kita ni lagi bawah dari 'beginner'.. hahaha..




StatusHati: Menang itu mustahil, kalah itu pasti.. 🤣🤣



Friday, September 8, 2017

Awal pagi di Kecemasan Hospital



Kisah awal pagi semalam:

Aku dikejarkan ke Kecemasan Hospital oleh en. Hubby awal pagi tadi. Awalnya rasa tak puas hati dengan en. Hubby kenapa nak marah-marah sebab aku rasa baru je tidur.. tup tup kena kejut dalam keadaan tergesa-gesa. Dipaksa ke hospital awal pagi tu juga kerana beliau risaukan keadaan diri aku masa tu.


Alhamdulillah..
Urusan di Kecemasan Hospital selesai sebelum tengahari semalam. Tak masuk wad sebab penuh. Ujian ke atas diri aku semuanya normal.. syukur Alhamdulillah.


Bila urusan di Hospital dah selesai baru dapat gambaran sebenar keadaan aku awal pagi tadi. Keadaan yang sama ketika kali pertama aku dimasukkan ke hospital cuma situasi berbeza dan kali kedua aku tergigit lidah sendiri awal pagi tadi.. patutlah lidah aku rasa sakit. Kisah tergigit lidah seperti di SINI..


Makan malam pun hasil pemantauan #ChefHubby.
Habislah #PerasanSlim aku lepas ni.

Cuti sakit yang aku cuba 'jaga' sebelum ni, pecah juga akhirnya. Dari tak guna langsung, semalam aku dapat cuti sakit diberikan oleh doktor bertugas di Kecemasan Hospital. Huhuhu.. sedihnya tak berjaya nak kekalkan sepanjang tahun 2017 ni tiada langsung penggunaan cuti sakit.


Apa-apapun terima kasih pada semua yang membantu, datang melawat (melawat en. Hb sebenarnya) dan yang mendoakan aku. Maaf sebab tak reply satu-persatu kerana keadaan aku yang belum pulih sepenuhnya.


DAN..
Hari ni aku masuk kerja.. eemm.. ada kerja yang perlu diselesaikan. Esok pulak ada game ping pong di Pantai Dalam..



StatusHati: #PerasanGagah



Sunday, September 3, 2017

Bukan seorang tapi pakej..


Malam tadi..
Ratatouille Movie..

Bocor rahsia..
Bukan sebab si tikus yang pandai masak dalam filem tu tapi #BapakBudak yang menontonnya ketika askar-askar kecik 'diculik' oleh mak saudara dorang.

'Nasiblah ye abang.. Abang hadap saya.. saya hadap abang..'


Bukan seorang tapi pakej tiga beradik 'diculik'.. dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha. Nampaknya seharianlah aku keseorangan.. en. Hubby pulak kerja.



La ni..
Minum kopi + kek sebenarnya takdelah mengantuk cuma bosan sebab geng gaduh a.k.a askar-askar kecik takde. Terkebil-kebil aku keseorangan di rumah. Dahlah dari pagi tadi hujan, tarik selimut jelah nampaknya sambil layan tv.. 🤔🤣


StatusHati: Sunyi bila mana anak-anak takde..


Saturday, September 2, 2017

Kisah Beraya Kami di Aidiladha


Jualan Gudang Hush Puppies at Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam bermula dari 30 Ogos hingga 3 September 2017.

Mainan juga dalam perhatian dia.. 


Tengahari semalam..
Beraya di rumah pakcu di Semenyih tanpa ditemani en. Hubby. Lemang Pakcu a.k.a Lemang Kucam is ohsem.. terbaik. Gambar? Den lupo.. 🤣🤣 Siapa nak order call at this number: 012-9755672 -- serious buyer only.


Semakin pandai berselfie.


Malam tadi..
Lepas en. Hubby habis bertugas, balik beraya di rumah MIL. Anak-anak paling teruja sebab dapat makan sambal sotong uwan eh.. Marvellous sedap..




Awal pagi..
Selamat sampai ke rumah.. Alhamdulillah..


La ni..
Alhamdulillah.. dah kenyang..
Sejak stop sekejap dari #PerasanSlim ni, tekak ni teruja melayan si perut nak makan itu ini.. Selera kemain lagi. Tak sedar baju kurung dah jadi #BodyFit.  🤣🤣


StatusHati: Bersantai sambil layan filem Sembilu.. 😎🙄


Thursday, August 31, 2017

Hari Merdeka dan Aidiladha 1438 Hijrah.


Selamat Hari Kebangsaan yang ke 60 Tahun.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

  • Terima kasih buat mereka yang berjuang mempertahankan Negara Malaysia daripada terus dijajah.
  • Tanpa mereka, Malaysia takkan berada di tahap sekarang.
  • Kekalkan terus momentum cintakan Negara Malaysia.
  • Jangan benarkan orang luar menjajah diri dan pemikiran kita.
  • Negara Malaysia milik kita.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah.

Cuti berganda tahun ni.
Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung.



StatusHati: Aku masih di sini..



Wednesday, August 30, 2017

Bola Sepak Sukan SEA 2017 - Kita KALAH


Bukan rezeki pemain Bola Sepak Malaysia kali ni.
Kesilapan yang sama dilakukan pada 2001 berulang malam tadi.

Jika 16 tahun lalu Kamarulzaman Hassan menampan bola masuk ke gawang sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi Muhammad Haziq Nadzli melakukannya menentang lawan sama digelanggang yang sama. Bezanya Kamarulzaman menepis umpanan lintang Sarawut Treephan ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir perlawanan manakala Muhammad Haziq menumbuk sepakan sudut Sasalak Haiprakhon pada minit ke-38 - Utusan Online.


  • Tahniah buat pasukan bola sepak Thailand di atas kemenangan pasukan anda.
  • Tahniah juga buat pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya hingga masuk ke Final. MENANG atau KALAH itu adat dalam perlawanan.
  • Juga Tahniah buat jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee kerana berjaya membawa nama Malaysia hingga ke pentas akhir perlawanan. Walaupun kalah tapi tetap bangga di atas prestasi yang ditunjukkan. Lain kali cuba lagi ye.
 

Pada aku:
Jadikan perlawanan malam tadi sebagai sebahagian proses pembelajaran untuk lebih matang dalam perlawanan akan datang. Masih banyak lagi yang boleh dipelajari bagi menjadi seorang pemain yang berwibawa - seperti di SINI.. 
 
Takpelah.. nanti kita tonton je siaran ulangan, mana tahu kali ni kita menang pulak kan.. hehehe.. 



Status Hati: Hari ni dapat pelepasan separuh hari bekerja.. Alhamdulillah..


Tuesday, August 29, 2017

Selamat Hari Lahir my MQA (28 Ogos 2017)



Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to MQA..
Happy Birthday to You..



Kisah Semalam:
Kejutan kali ni menjadi buat my MQA, dak Adik..



Makan malam di Secret Recipe.

Sengaja ku pilih tempat ni.. dak Adik boleh pilih kek mana yang dia berkenan.


Bersama dak Kakak..


Mak Budak makin bam bam kini..


Lepas selesai makan makan, sementara nak tunggu masa tayangan, kami alihkan perhatian dak Adik. Jalan-jalan cuci mata..


Babah and anak bujangnya..


Dak Nuha pun enjoy..


Selain daripada makan  malam dan main game, sengaja aku menyakat beliau di ruang legar Golden Screen Cinema (GSC) Setia City Mall. Punyalah mengharap beliau nak tengok filem yang tengah hangat ketika ini - Abang Long Fadil 2.

Aku hanya melepak, duduk tanpa buat apa-apa di ruang legar tersebut, sementara dak Adik pelik dan cuak melihat keadaan aku. Penat dia bertanya, sudahnya dia duduk senyap sebelah dak Kakak. Bila waktu tayangan dah nak mula, kami masuk ke dalam sambil muka dak Adik cuak dan blur. 'Ibu dah  beli tiket ke..?' Bila dah tahu nak tengok filem apa, punyalah ceria dia dapat menonton Abang Long Fadil 2. Hehehe.. kena game dak Adik malam tadi.. hahaha..


Sebelum tayangan.. 


Abang Long Fadil 2 - Filem yang sangat kelakar, anak-anak enjoy..
5/5 bintang aku bagi..
Kenapa 5 bintang?
Sebab en. Hubby turut menemani.. couple seat lagi.. kihkihkih..



KHAS BUAT DAK ADIK..

Selamat Hari Lahir my MQA
Yesterday is his Birthday..
Buat dak Adik, satu-satunya anak lelakiku..
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA.
Kau kena kuat dik, jangan senyap dan berdiam diri bila mana orang lain meletakkan kesalahan ke atas diri kau dik. Jangan bagi orang lain pijak kepala kau dik! Kau kena pertahankan diri kau.

Kalau kau salah.. ye memang patut kau mengaku tapi kalau kau tak buat salah jangan berdiam diri. Pertahankan dirimu itu.

Ingat pesan ibu ni dik..!!


StatusHati: Anak-anak gembira, aku turut teruja..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...