Followers Remaja Purba

Tuesday, November 18, 2014

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota



Kali pertama pekena roti cheese naan kat Restoran RSMY ni sebab geram tengok blogger Zaza bercerita pasal RSMY tu.. 

Tak boleh jadi ni..
Percubaan gedik manja kat hubby ajak makan kat situ membuahkan hasil. Bila dah berjaya kali pertama dah tentu nak kena repeat order, ye tak..? Gigih ajak lagi hubby ke sana, alasan klise nak pergi uptown Danau Kota, walhal tekak aku gedik nak layan roti cheese naan tu.


Sentiasa penuh..
Kalau sebelum ni kami dapat tempat duduk kat sebelah tepi restoran tu tapi kali ni betul-betul dapat tempat duduk berhadapan kedai..



Dak Nuha tak nak disuap, nak makan sendiri.


Dapnye..
Jangan kata ibu, kengkawan ibu yang baca entry ni terliur tau Nuha..


Tengok.. tangan dak Nuha yang nakkan cheese naan tu..



Dalam kedai ada je ruang makan tapi aku lebih selesa makan kat luar tapi kali ni tak dapat nak berlama-lama lepak santai kat situ sebab dah ada yang menunggu turn nak makan. Part ni yang aku kurang selesa tapi nak buat macam mana kan, takkan nak duduk hadap kat situ sampai kedai tutup ye tak.
So.. kami bagilah laluan kat dorang untuk sama-sama merasai keenakan cheese naan tu. Uptown Danau Kota tu sekadar syarat je untuk aku buat terapi minda lepas kenyang makan kat RSMY tu..



psstt: Ni yang den maleh ni bila cerita bab makan ni, buat jadi teringin nak pergi lagi.



18 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SEDAPNYA

:: Cik Viva :: said...

mmg dah lama teringin nak try cheese nan rsmy ni, tapi tulah jauh lak dari nilai ni..

norhidana miswan said...

perkhhhh bestnyer..... dia punya cheese tuh bkn main banyak...

lieyalatif said...

uihh dah try dah?..lieya pun dari dari ari tu teringin nak try kat sini ... teliur2 tgk org mkn...bertali2 cheese die hah....

Ann Ishak said...

saya pernah cuba sekali makan dekat sini :)

JR said...

Di Alor Setar juga ada satu kedai roti naan yang sedap, semua pekerjanya orang Pakistan. Isteri suka naan tandhori, saya pula naan kosong....

Nana said...

mak aiii..mmg terliur habis tgok cheese tu...nak cubalah jugak nanti

faraherda.razalan said...

Hamboih! Geram lak tgk. Hahahah! Pnh mkn tp kat KL. Mmg sedap tapi kenapa at the end sy rasa macam muak sgt? Maybe ms tu tgh preggy n mual still ada. Tgh sihat ni, bolehlah merasa lg. Hahahahah!

jaymiee said...

mmg best cheese dia....meleleh tu...

Daddy Ziyyad said...

perrghhhhh..boleh tarikkkkk cheese nya tu....jauh tak dari Meru tempat ni? saya nak tryyyy...hahaha

Kira Sakura said...

makaiiiiiiii cheese dia tuuuu. haishhhh kalau abi uwais duduk sini mau petang ni jugak ajak cari cheese nan tu. dah la hujannnnn T.T

idzwa kamaruddin said...

biase mkn yg kat medan tunku ni :)

Dr Singa said...

memangsedap!!
saya pernah makan
rsmy yang kat medan tuanku tu..

ewanthology said...

nak parking susah skit area uptown ni.

amirah said...

perghhh...memang meletop cheese dia...

eMMe said...

ohh mama, kat danau kota pun ade branch dia ek, tau yg kat Medan tunku tu ke?tak penah gi, tapi penah tapau la, mmg terbaek nan cheese dia...

Fazleyatul Aini said...

pergh cheese diaaaa

Mummydearie said...

Dah banyak kali terbaca, dah banyak kali terliur tapi belum sampai lagi. Nak keluar malam-malam ni, hubby saya tak berapa berkenan. Tahan jelah nafsu sambil tengok-tengok kat blog orang lain.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...