Followers Remaja Purba

Friday, April 29, 2011

Masa menunggu

Ye.. Aku berjaya sampai dalam masa 20 minit depan sekolah kakak.. Tapi aku kena tunggu lagi setengah jam.. Takpelah dari aku letih kat tengah jalan, ni aku boleh rileks kat tepi jalan..

Cadang memang nak balik awal tapi memandangkan nak hantar cik kereta dapatkan rawatan di klinik kereta maka aku akan berlama-lama dirumah nenek a.k.a pengasuh anak2.. Hari ni aku tak kisah sangat sebab lepas ni cuti 3 hari.. Boleh jadi ular sawa berlingkar cuti ni..

Ada lagi setengah jam.. Nak layan blog pun ruang muka yang terhad.. Habis tu dah guna hp.. Ish.. Tak puas tapi dari takde buat apa meh aku tancap blog aku kejap..


Menu malam:
Nak makan ape ye malam nanti..?
Mentang-mentanglah esok cuti, selera pun jadi tajam.. Aku ingat nak makan KFC lah, dapat pulak drumstick.. Sedapnyee..

Ok.. Pepehal aku nak ambil anak-anak, baru drive through.. Tu ok lagi.. Yang paling aku tak sabar.. Oh! Bantal busukku.. Tunggulah kepulangan tuanmu ini..


psstt: masa aku taip entry ni sambil diperdengarkan lagu dari Klasik Nasional.. Sesekali layan lagu lama.. Asyik-asyik layan lagu underground je.. ;)

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...