Followers Remaja Purba

Saturday, April 30, 2011

Banjir

Semalam balik kerja agak lewat.. Kalau balik awal mesti dapat tengok dengan lebih jelas keadaan laluan menghala ke rumah aku.. Silap-silap terkandas terus..

Ini banjir yang paling teruk aku tengok sejak aku menetap di sini sejak 3 tahun lepas.. Kebanyakan rumah-rumah sepanjang jalan terjejas walaupun tak teruk tapi air masih belum surut sehingga kini.. Nasib baik taman perumahan seberang jalan ni tak dinaiki air. Aku rasa kalau kawasan dia rendah confirm turut terjejas..

Dalam masa yang sama nampaknya lambat lagilah siapnya longkang besar seberang jalan rumah aku ni gara-gara air melimpah naik ke darat..

Spontan hubby cakap aku:
H: tulah.. Abang dah pesan beli sampan, kalau banjir senang nak guna..
Aku: ish.. Agak-agaklah abang ni pun..


Namun demikian, aku bersyukur hari ni tak hujan, kalau hujan lebat lagi aku rasa boleh isytihar dilarang keluar rumah, kalau tak nanti ada pulak kenderaan tidak tersadai kat tetengah banjir itu..


psstt: Tadi aku perasan kat simpang masuk dari jalan besar depan ada papan tanda 'kawasan banjir di hadapan'.. kali pertama aku jumpa papan tanda tu sepanjang aku tinggal kat sini..

2 comments:

  1. aku bersyukur sebab kwsn rumah aku susah nk bnjr

    ReplyDelete
  2. Kawasan perumahan TDBi aku ni langsung tak terjejas cuma jalan masuk utama yang teruk dilanda banjir..

    Air lambat surut sebab masih hujan walaupun tak lebat mana.. nampaknya projek nak besarkan longkang a.k.a parit seberang jalan taman rumah aku ni lambat lagilah siapnya..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...