Followers Remaja Purba

Thursday, September 24, 2009

1 SYAWAL - Birthday kakak Irah

20 SEPTEMBER 2009 (Ahad)

PAGI:
Pukul 6 am aku dah bangun mengemas apa yang patut. Anak-anakku bangun terus tengok tv, kartun jelah, pujuk suruh mandi pun tak nak, bila tayang baju raya barulah laju nak mandi, excitedlah tu. Lepas dah siap kitorang pergi rumah mak di P.J barulah balik kampung di Selatan.

Bangun pagi tadi aku kejutkan kakak Irah wish kat dia - HAPPY BIRTHDAY TO YOU, Moga panjang umur murah rezeki. Aku pesan pada dia nanti cakap kat semua orang hari ni birthday kakak tau. Yelah katanya. Pastu dia dok tanya bila nak beli kek, sabarlah sayang, kita pergi raya dulu ye.


Petang:
Pukul 11 am balik kampung, kakak Irah tidur sepanjang perjalanan. Sampai rumah PakNgah kat Pulau Sebang, jumpa dengan mak Busu diorang nak balik Melaka, aku cakap malam nanti kitorang sampai sebab nak pergi rumah Paklong dulu.

Duduk sekejap rumah PakNgah, kemudian pergi rumah Paklong Gemencheh. Kali ni aku pulak yang pandu kereta dengan kelajuan sederhana sebab masa dari rumah mak kat KL tadi kakak Irah dah pesan, jangan pandu laju-laju nanti kita tak raya.

Masa ni ammar pula tidur, dari dalam kereta sampai masukkan dalam buaian lena. Kat rumah Paklong kami kekenyangan, makan itu makan ini, naik kembung dah rasanya.


Malam:
Lepas maghrib pergi rumah mak busu kat Masjit Tanah pula, masih aku yang pandu, kaki hubby belum ok lagi, Ramainya sedara kat ruma makBusu datang beraya, dengan penuh gaya selamba (tahu banyak mata memandang), dukung kakak Irah dan ammar bawa masuk dalam rumah (diorang dah tidur dalam kereta tadi - kepenatan).

Sesungguhnya aku dah memang tak larat, ambil bantal baring atas lantai, cadangnya nak baring sekejap, lena terus… sedar-sedar aku dengar ammar merengek-rengek nak susu, lepas tu sambung tidur balik.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...