Followers Remaja Purba

Tuesday, March 19, 2024

KENA PINDAH TEMPAT DUDUK


Kisah dak Nuha di sekolah.

Dulu, ketika dia berada di tahun satu, hari pertama sesi persekolahan di sini, dia orang pertama tiba di dalam kelasnya. Dia sendiri pilih tempat duduk di barisan hadapan berhampiran tingkap berhadapan pula dengan meja cikgu.

Tapi bila balik sekolah dia mengadu, cikgu tukarkan dia tempat duduk, duduk di bahagian belakang sekali. Alasan cikgu, dia tinggi dan besar menghalang pandangan. Bukan besar sebab obesiti tapi besar dek baka kami. Sedih pulak aku, dak Nuha bersemangat nak duduk depan tapi cikgunya tukarkan pulak tempatnya. 

Hinggalah sekarang..
Tiap kali bertukar kelas, baik di sesi pagi dan petang, dak Nuha sendiri yang akan pilih tempat duduk di bahagian belakang. Hanya disebabkan alasan cikgu kelasnya dulu, 'Nak buat macam mana ibu, dah Nuha tinggi, kawan-kawan pulak kecik'.

Namun..
Pada sesi persekolahan kali ini, bila ku bertanya pilihan tempat duduk di dalam kelas.. 'Macam biasalah ibu tapi takpe ibu, dalam kelas Nuha pilih tempat duduk bawah kipas..' ðŸ˜† 

Tak apalah Nuha.. depan atau belakang, cikgu tetap nampak. Paling penting, fokus belajar. Moga dak Nuha tenang-tenang je dan begitu juga dak Adik. Kedua-duanya akan berhadapan peperiksaan penting pada tahun ini.

#RemajaPurba: ..

Monday, March 18, 2024

Buku Teks Sekolah


16 Mac 2024 - Sabtu

Rasa penat dan tak cukup tenaga sepanjang minggu menyebabkan aku tidak mahu keluar ke mana². Aku ingin berehat sahaja di rumah. 

Selepas Subuh, ku mulakan projek menukar pembalut buku teks sekolah dak Adik dek kerana dak Adik baru terima buku teks. Buku teks sekolah dak Nuha dah selesai hujung tahun lepas lagi. Menjadi rutin aku setiap kali anak-anak menerima buku teks dari pihak sekolah. Juga setiap kali sesi pemulangan buku teks, wajib untuk aku menukar pembalut yang baru untuk digunakan oleh murid/pelajar seterusnya. 

Setiap tahun pihak sekolah akan meminta ibubapa untuk menukar pembalut buku teks sekiranya rosak tetapi masih ada yang tidak melakukannya.

Aku..?
Terima buku teks tersebut, buka pembalutnya dan tukar dengan pembalut baru. Disebabkan inilah, pembalut buku sentiasa ada di rumah. Dari dak Kakak, dak Adik hinggalah dak Nuha, begitulah rutin aku. Begitu juga dengan buku-buku kerja/aktiviti yang dibeli di koperasi sekolah tetap berbalut kemas, kecuali buku tulislah. 

Buat ibubapa yang terima buku teks anak-anak aku, bersyukurlah kerana aku telah memudahkan tugas kalian. Jimat duit tak perlu membeli pembalut buku yang baru. Jenama yang sama aku gunakan sejak bertahun lamanya. Aku tak berkira cuma aku tak suka + rimas dengan keadaan buku-buku teks yang anak-anak aku terima. Jadi, tak perlu risau, kalian insan bertuah.

Buat yang mungkin berkata, 'tidak sempat', 'terlupa', 'tak mampu', 'tak kisah dengan arahan dari pihak sekolah'.. itu antara mereka dan pihak sekolah. Bahagian aku - selesai. 


17 Mac 2024 - Ahad

Selamat Ulangtahun..
Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba

di SINI..

Pagi..
Membeli barang keperluan untuk digunakan pada minggu seterusnya. Rutin harian berjalan seperti biasa tapi untuk menu berbuka hari ini, en. Hubby yang masak atas permintaan MakBudak. Masak mudah je, tomyam ayam dan telur dadar.

#DonePuasa untuk hari ini. Alhamdulillah.


18 Mac 2024 - Isnin

Sepatutnya aku cuti hari ni tetapi dek tuntutan kerja, kenalah tunggu tarikh lain untuk bercuti. Minggu ni myBoss tumpang aku ke tempat kerja. Moga rutin harian kami dipermudahkanNYA. 

#RemajaPurba: ...

Sunday, March 17, 2024

Ulangtahun Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba


Entry pertama pada 17 Mac 2009 di SINI..
Aku simpan sini sebagai kenangan dan selagi wujudnya blog MakBudak ini.


17 Mac 2024 - Ahad (5 Ramadan 1445H)

Selamat Ulangtahun..
Blog MakBudak a.k.a RemajaPurba

Semakin Purba blog ni rupanya. Tiada yang menarik, sekadar catatan peribadi untuk dijadikan kenangan. Awalnya, blog ini wujud kerana dak Adik dan selepas keadaan dak Adik semakin baik dan bertambahnya ahli keluarga - dak Nuha, makin berkembang entry di sini.

Bagaimana cara aku mengendalikan blog ini?
Aku belajar dari pemerhatian dan juga banyak bertanya pada en. Google. Dari segmen yang dibuat oleh blogger Ben Ashaari dulu, aku dapat mengenali beberapa orang blogger di dunia realiti. 

Jana pendapatan?
Aku tidaklah sampai ke tahap itu, sekadar untuk menyimpan kenangan bersama keluarga selain dari meluah rasa. 

Anonymous..?
Aku pernah menerima komen tanpa nama di SINI.. Biarkan dia.. dia bukan sesiapa. Whatever makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it.

 'Don't block all your haters, leave 1 or 2. Somebody gotta report back to the headquarters'. - X -

Aku..?
Tahun 2024 ni.. #Tenang-tenang je..

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...