Followers Remaja Purba

Sunday, April 28, 2024

Tiada Peruntukan


Hujung minggu, ramai yang buat open house. Jadi buat mereka yang dah ada jadual open house, pergilah sehari awal, tidur kat sana. Tak payah risau redah jem.. 🤣
- sumber en. X -


Open House..?
Tiada peruntukan.

Aku..?
Hibernate di rumah. Nak recharge tenaga. 

#RemajaPurba: ...

Friday, April 26, 2024

2024 Giveaway by asyiqin.com


26 April 2024 - Sabtu (17 Syawal 1445H)

Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ teratak MakBudak a.k.a RemajaPurba  berbesar hati menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh cik puan Asyiqin. MakBudak suka klik secara rawak pada bloglist dalam blog jiran-jiran yang singgah di blog MakBudak dan dari situ nampak entry ni. Ku hadir bagi sokongan dan sama-sama memeriahkan suasana. Macam beraya di rumah kawan-kawan gitu.

Berkebetulan tarikh mula Giveaway ini jatuh pada tarikh lahir anak bongsuku 23 April 2024. Ini kalau menang, bolehlah berkongsi hadiah dengan anakku itu.. 😄Berangan takpe tapi jika menang Alhamdulillah satu bonus buatku. Ayat kena manis biar cik puan Asyiqin jatuh hati.


Marilah sama-sama kita join Giveaway ni.


GIVEAWAY BY ASYIQIN.COM
di SINI..

Giveaway ini telah bermula sejak:
23 April 2024 dan akan berakhir pada 07 Mei 2024


Sebelum mengakhiri bicara, MakBudak mendoakan moga urusan berkaitan Giveaway ini dipermudahkanNYA dan moga semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Tak menang takpe, janji ku berjaya mencuri tumpuan semua. 

#RemajaPurba: ...

PERMOHONAN MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN


Penjelasan Permohonan:
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.


25 April 2024 - Khamis (16 Syawal 1445H)

Penggunaan sistem Janji Temu online mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan telah digunapakai bagi mengawal dan melancarkan proses di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mujurlah aku buka laman web JPN mencari maklumat berkaitan Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun di mana dinyatakan perlu membuat temujanji secara online. Memandangkan dak Nuha dah pilih tarikh untuk ke JPN, maka inilah hasilnya.


LANGKAH PERTAMA:
Di dalam Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
  • Klik pada bahagian 'PERKHIDMATAN', kemudian klik 'Kad Pengenalan' dan akan keluar pelbagai permohonan berkaitan Kad Pengenalan. Seterusnya, klik pada 'Permohonan MyKad Bagi Kanak-kanak 12 Tahun' di SINI..
  • Terdapat Syarat, Prosedur, Dokumen, Bayaran berkaitan permohonan. Boleh baca di link di atas.

LANGKAH KEDUA:
  • Klik pada bahagian 'E-SERVICES', kemudian klik Sistem MyJanjiTemu JPN.
  • Ada empat langkah yang perlu diisi iaitu 'Tempat & Perkhidmatan', 'Tarikh & Masa', 'Maklumat Anda' (nama pemohon), 'Slip Tempahan'.

MAKLUMAT PENTING:
Tiada janji temu bagi semua urusan melibatkan Kelahiran, Anak Angkat dan Kematian. Sila hadir secara walk-in ke pejabat berhampiran dengan anda.


MyJanjiTemu
Penempahan urusan di kaunter JPN secara online.

di SINI..



Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN:
  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakhluk kepada kekosongan.
  3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara. Rujuk waktu operasi kaunter JPN.
  4. Pemohon perlu berada di Pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.
  5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2024. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temu janji. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.jpn.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
  7. Perkhidmatan Sistem MyJanjiTemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.
klik pada ruang ini
'Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah dinyatakan'
sebelum klik SETERUSNYA.



Di sini, semua maklumat berkaitan perlu diisi dan pilih cawangan JPN yang berhampiran untuk berurusan mengikut keselesaan masing-masing.

- Slip Tempahan -


PERINGATAN:
  • Sila cetak/memuatnaik/screenshot slip tempahan ini dan sila kemukakan semasa hadir ke Pejabat JPN yang dipilih. (Untuk dak Nuha, aku cetak terlebih dahulu)
  • Pemohon digalakkan memakai topeng hidung dan mulut semasa hadir ke Pejabat JPN. (Aku wajibkan dak Nuha pakai)
  • Jika Pemohon GAGAL HADIR pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, temujanji ini terbatal dan pemohon perlu membuat tempahan baru. (Dak Nuha risau takut tak sempat sampai)
  • Sila pastikan dokumen permohonan lengkap sebelum hadir ke Pejabat JPN dengan terlebih dahulu merujuk portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my (Kena rajinkan diri mencari maklumat)
  • Tiada janji temu bagi semua urusan melibatkan Kelahiran, Anak Angkat dan Kematian. Sila hadir secara walk-in ke pejabat berhampiran dengan anda.
  • Transaksi tanpa tunai di JPN Ibu Pejabat WP Putrajaya, JPN Negeri dan JPN Cawangan UTC yang telah melaksanakan ePayment di kaunter-kaunter urusniaga. (Urusan dak Nuha tiada bayaran dikenakan)
  • Permohonan baharu dan penggantian kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) adalah ditangguhkan, JPN berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan permohonan MyKid yang tertangguh dan diserahkan secara berperingkat.

==================================================

'Kad Pengenalan telah diserah'


Selesai sudah urusan MyKad buat #NagaManja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Petaling Jaya
Kini dak Nuha dah ada MyKad.
MyKid ibu dah boleh simpan masuk fail. 👍

#RemajaPurba: Alhamdulillah.. urusan selesai dalam masa tak sampai sejam.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...